Friendship terjalin hampir 10 Tahun | Assalamualaikum dan hai semua, sementara belum ada rezeki nak dapat kerja yang baru ni, nieyl adalah sedikit masa nak update entry baru supaya tak bersawang blog nieyl ni. Untuk sementera waktu ni insya'Allah hari isnin nieyl akan bekerja di kedai makan abg nieyl sebab duduk rumah je nieyl dah rasa boring, lepas tu atleast kalau kerja ada juga la duit poket dari nak tunggu husband kasi je kan..
Sebelum nieyl terlupa, terima kasih semua yang komen dan mendoakan yang baik -baik untuk nieyl , insya'Allah nieyl tak akan putus asa dalam mencari rezeki , betul rezeki tak pernah salah alamat dan rezeki Allah itu luas, kalau kita rajin Insya'Allah pasti ada kan..
Kalau nak imbas kembali 10 tahun yang lalu, masa lapor diri tu ada lebih kurang 12 ke 13 orang yang lapor diri sekali dengan nieyl. Tahun ke tahun masing-masing membawa haluan masing-masing dan last sekali tinggal lah berdua sampailah hujung tahun lepas. Kami berdua je yang bertahan selama 10 tahun lebih, gagah kan kitaorang ni, tapi apa nak buat,last-last berakhir tanpa belas kesian pun ( masih sedih dan kecewa)
Hujung bulan 11 yang lepas tu, saja nak hang out dengan kakak-kakak yang kerja sama dengan nieyl. Kiranya ini last date la kiteorang sebagai rakan kerja pergi makan. Alhamdulillah persahabatan terjalin selama 10 tahun bukan masa yang singkat. Nieyl ingat lagi masa lapor diri dia baru lepas pantang anak pertama, sekarang ni anak pun dah masuk 4 orang dah.Apa-apa pun dia bukan sahaja rakan sekerja tapi kami ni dah seperti adik beradik.
Yang ni kak nana, yang nieyl dah anggap pun macam kakak nieyl sendiri sebab selama 10 tahun bekerja sebagai pekerja kontrak ni, susah senang hanya kami bertiga je yang tahu. Tapi kak nana berhenti kerja setahun sebelum sebab dapat kerja yang lebih terjamin dan lebih berbaloi. Alhamdulillah, masa jumpa dia, nampak happy dengan kerja yang baru. Masa jumpa nie biasalah luahan perasaan pastinya, membawang sudah pasti juga tapi masa terhad hanya 1 jam sahaja sebab kak nana rehat 1 jam sahaja. Apa-apa pun dapat juga la lepaskan rindu dekat dia, sebab lepas ni tak tahu la bila lagi nak jumpa.
Kitaorang makan-makan dekat Black Canyon, nieyl suka makan dekat sini sebabnya tom yam dia memang super sedap, lepas tu jangan lupa order coffee dia yang memang lain dari yang lain. Selain tu dia juga ada set jimat untuk kita makan ramai-ramai. Macam nieyl order ni untuk makan 2 orang tapi banyak kan, korang boleh minta tambah nasi so boleh la makan 3 orang. Nanti korang try la..
Bulan 12 yang lepas nieyl memang banyak spend time lunch dengan kawan-kawan pejabat sebab ya la nieyl time tu memang ada rasa yang akan tinggalkan pejabat tu untuk selama-lamanya. So, sebelum nieyl delete semua gambar-gambar dalam handphone nie, nieyl akan share dalam blog ni yela mana tahu kalau dieorang terjumpa entry ni, nieyl nak cakap terima kasih sebab jadi kawan nieyl selama ni, kalau ada salah silap, maafkan dan halal kan makan minum ya..semoga kita berjumpa lagi Insya'Allah..
alhamdulillah..nieyl ada gak kerja baru..cik nor still mcari lagi..huhu
ReplyDeleteSemoga ukhuwah terus terjalin
ReplyDeletebestnyaa.. lama tu bertahan sampai 10tahun.. betul2 berkawan ni.. =)
ReplyDeleteInSyaAllah adalah tu rezeki di mana-mana nanti yang penting jangan berhenti usaha dan doa.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. semoga persahabatannya sampai ke Jannah..
ReplyDelete10 thn - lama tu nieyl.
ReplyDeletekawan dah jadik mcm keluarga kan :)
black canyon memang sedap. aida suka oder set utk 4 org makan.
tomyam. sayur nyer. tak pernah mengecewakan.