Say good bye boss | 16 Jun 2017 merupakan hari terakhir boss menggunakan perkhidmatan nieyl sebagai PA. Dan genaplah 2 tahun 10 bulan bekerja dan berkhidmat menjaga jadual kerja dan membantu melicinkan tugas-tugas hakiki. Pemergian boss ke jabatan lain sangat mengejutkan semua orang terutamanya cawangan kami. Tapi kata orang..rezeki manusia itu Allah beri dalam pelbagai bentuk dan pada bulan yang mulia ini, boss dapat peluang yang lebih baik.
Ini lah boss yang suka menyakat, yang suka kata PA dia jarang. Saya tak jarang lah boss, saya garang bila perlu je..hihihi.. Dan inilah boss yang paling sporting, yang paling baik dan boss yang tidak lokek share tips² pergi melancong walaupun PA dia duduk dekat Malaysia ke selama 29tahun ni..hihihi..
Ha..dah lagi satu boss yang selalu tidak lupa PA dia,selalu ada je ole-ole atau buah tangan kalau pergi holiday..TQ boss..Ni lepas dah pindah ni, kalau pergi holiday luar negara jangan lupa ole-ole saya..kekekeke...ontah ingat lagi ke idok ontah dokat den ni ha..ha..ha..ha...
Disebabkan notis yang sangat singkat, nieyl usaha juga berpakat dengan kakak-kakak MO cawangan nieyl untuk beli something sebagai tanda penghargaan kami pada boss kami. Walaupun tak mahal tapi ianya sangat bernilai..InsyaÁllah..
Nieyl cadangkan beli sampin dan tafsir quran, sebab di jabatan baru boss akan kerap menghadiri majlis-majlis rasmi dan majlis keagamaan jadi penggunaan sampin adalah sangat perlu untuk matching dengan baju melayu nanti dan tafsir quran pula ianya akan menjadi ilmu yang tidak akan lapuk di dunia ini . Nieyl sendiri pun tertarik dengan tafsir quran ni,dan nieyl pun nak beli satu nanti..
Terima kasih boss beri kan kami sejadah bagi perempuan dan kain pelekat untuk lelaki, semoga Allah sentiasa berikan rezeki dan kesihatan yang baik pada boss..Amin...
Amin..best kalau dapat bos yg memahami kan :)
ReplyDeleteSelamat maju jaya utk ex-bos nieyl ~