Showing posts with label Buah Kiwi bantu bulan puasa. Show all posts
Showing posts with label Buah Kiwi bantu bulan puasa. Show all posts

06 June, 2017

Buah Kiwi bantu bulan puasa

by on June 06, 2017
Buah Kiwi bantu bulan puasa | Pada bulan puasa, ramai di kalangan kita menghadapi masalah pencernaan. Ini kerana kurangnya makanan yang berserat dan pengambilan air dengan kadar yang minimum merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan sembelit.

Untuk pengetahuan korang, sebenarnya bukan susah pun nak mengatasi masalah sembelit di bulan puasa ini. Korang hanya perlu makan makanan yang berserat seperti buah kiwi kerana ianya sangat membantu.Ini kerana kiwi memilki kandungan serat yang sangat banyak dan ianya juga mengandungi enzim proteolytic yang dapat membantu memecahkan protein dan melancarkan sistem pencernaan tubuh manusia.

Tahukan korang,bahawa buah kiwi mengandungi vitamin c 2x ganda dari buah limau..ha..klu tidak tahu,hari ni korang dah tahu kan..antara lain manfaat buah kiwi ini adalah :-
  • Mampu meningkatkan sistem imunisasi badan
  • Menjaga kesihatan kulit
  • Meningkatkan haemoglobin
  • Memperbaiki mood
  • Membantu mengawal tekanan darah