Chulop! And Boms & Buns di Bangi Avenue | Bulan lepas nieyl ada sharekan dengan korang, yang plan nieyl nak bording time dengan Afika dan Syida sebagai penutup 2024. Alhamdulillah, Allah permudahkan perancangan nieyl menjadi kenyataan dan berjalan seperti yang nieyl rancang. Seperti biasa itinerary by nieyl dan nieyl memilih tema baju BLACK PINK. Sorry afika dia kena redha pemilihan tema warna kali ini hihihihi.
Afika bergerak dari Batu Pahat jam 5.30 Pagi pada hari sabtu tu, dan dia sampai putrajaya pukul7 pagi. Dia singgah rumah Syida dulu, plan awalnya nak gerak pukul9.30 pagi. Jadinya, nieyl pun biasalah relax-relax lagi bersantai-santai dalam pukul8.30 pagi dapat whatsapp SURPRISE dieorang berdua dah ada depan rumah nieyl. Korang rasa apa?dengan tak mandi, berbaju tidur lagi ni. Disebabkan nak surprisekan nieyl sangat, moh kita sidai dia 2 orang tu sampai 9.30 pagi. ha..rasakan..hahaha.. Padan muka siapa suruh surprise-surprise macam ni hahaha..
Jadi nieyl suruh dieorang berdua pergi sarapan dulu dekat kedai makan abg nieyl tu sementara nak tunggu nieyl bersiap ni. Alih-alih 9.30 pagi baru nieyl siap sepenuhnya dan kitaorang terus bergerak ke destinasi Pertama kita iaitu Sesi Santai dan Sembang di Chulop! And Boms & Buns di Bangi Avenue. Cafe ni baru juga buka beberapa bulan. Dan sebelum ni, cafe ni hanya ada di Singapore sahaja, owner dia adalah Syarif Sleeq..So, atas permintaan rakyat malaysia ni Syarif buka cawangan yang pertama di Malaysia. So, nieyl antara salah seorang peminat churros so memang nieyl nak pergi sini untuk rasa sendiri.
Waktu nieyl sampai tu dalam pukul10.30 macam tu, cafe pun dah ada beberapa customer. Table masih ada lagi kosong. Jadi, kita pilih meja yang boleh nampak view cafe yang cantik ni.
Actullay asalnya kita nak pilih tempat yang hujung tu, tapi masa sampai dah ada yang duduk situ jadi kita ambil table yang boleh nampak deco Chulop tu. Masa ni customer yang duduk situ dah beransur dah. Nak pindah tempat, malas dah time ni hehehe..
Antara boms & bums yang cute-cute yang ada ketika itu. Nieyl memang dah lama nak try kesedapan dia yang sentiasa menjadi pilihan mereka-mereka yang datang sini.
Dia banyak sangat pilihan yang korang boleh pilih. Cuma dari segi harga tu dia berbeza tau. Kalau tak silap nieyl yang paling murah RM9.90 rasanya sebiji.
Ini antara yang nieyl, afika dan syida order untuk buat rasa-rasa orang kata. Kami tak order banyak, biasanya kiteorang akan order untuk kongsi-kongsi sahaja. Cubalah teka, berapa RM semua ni...
Nieyl pilih Belgian Chocolate Bom dan Berrie & Cream Bom yang dia ni recommend oleh adik kaunter tu. Untuk nieyl dia sedap cumaaa cream dalam tu terlalu banyak dan manis. Kalau kurang manis, mungkin kena dengan tekak nieyl. Si Syida makan pun cream dia dia tak makan..
Ini pulak 4 Churros With 1 Dip, Afika pilih Spanish Caramel Dip harga untuk 4 Churros ni adalah RM10. Apa yang best Churros ni dia tak berminyak, tak berapa manis just nice je sedap..
Yang ini pula nieyl order 20 Churros Bites With 1 Dip , nieyl pilih Milk Chocolate. Yang ni makan tak habis ebab terasa banyak pula hehehe..nieyl bawa balik rumah.
Tadaaa..dengan rasminya kami bertemakan black pink ..Sweet kan?Nasib baiklah dieorang ni sporting layan je dan dieorang ni suka kalau nieyl yang buat itinerary. Mesti pergi tempat-tempat yang best..hihihi..
Dekat sini kita lepas borak-borak, gelak dalam 1 jam lebih juga. Dah lama tak sembang bertentang mata ni kan, so banyak jela cerita yang nak di sembangkan tu. Lagi-lagi afika, dia yang paling banyak cerita nak cerita. Oh ya, sebelum nieyl terlupaaa total makan dekat sini adalah RM74.30 untuk 3 orang kalau bahagi tu lebih kurang seorang RM25.. Dan dieorang berdua Approve cafe ni..
So, cuba teka lepas ni nieyl nak bawa dieorang ke mana?kalau korang pun nak tahu, stay tuned ok nanti nieyl update lagi ok..
Drooling sangaaaat lihat aneka boms ituuuu 😍😍😍😍. Memang nampaknya kalau kesana mesti bawa teman supaya bisa saling icip banyak rasa ya kak 😄👍. Cocoklah kalo nak bersembang lama, ditemani aneka snacking begini
ReplyDeletesedap dan comel
ReplyDeletebest kan Nieyl dapat gather2 dengan bff makan-makan , alhamdulillah
ReplyDeleteGirls day out la ni... Bestnya!
ReplyDeleteChurros tu nmpk sedap 👍🏻
Macam menarik plak tema Black Pink ni...ok akak masukkan dalam wishlist la cafe ni
ReplyDeleteMenarik ni. I like. Nak kena singgah juga ni.
ReplyDeletelinda pun kalau ada geng yang buat plan, linda pun suka...folo je...hahaha
ReplyDeleteSeronoknya..semua sporting. Bestnya...pic pun semua lawa2..kena wat photobook ni..semoga persahabatan ni kekal abadi selamanya...aamiin
ReplyDelete