Teman Ayah Ambil Darah Hari Ini | Hari ini nieyl teman ayah pergi appointment ambil darah dekat hospital. Biasanya kalau teman ayah, wajib pergi awal so, pagi tadi nieyl bergerak dari rumah dalam pukul6.20 pagi dan sampai hospital pukul6.40 macam tu. Nieyl rasa dah awal dah tu, sekali sampai tempat nak ambil nombor tu, bersusun beg, botol air dan lain-lain satu barisan..comel je kan..Teringat zaman asrama nak mandi kena beratur baldi hehehe..
Bila nieyl sampai tu, nieyl terus je beratur dan ayah nieyl duduk dekat ruang menunggu. Dia tak larat nak berdiri lama-lama. Nasib baik kaunter nombor tu buka cepat, bila lampu kaunter dah buka. Baru lah nampak aunt dengan uncle empunya barang ni beratur hihihi..
Awal datang tadi pun, ayah nieyl dapat nombor 17 masa tu pun dah pukul7.45. Bilik ambil darah belum buka lagi. Lambat juga dia buka, bila dah buka lambat pula nombor nak bergerak hahaha.. Ayah nieyl bersembang-sembang dengan aunt cina sebelah tu. Yang nieyl sibuk bermedia sosial hehehe.
Settel urusan ayah tepat pukul9 pagi, lepas tu ayah cakap nak beli cakoi dekat jualan UNITEN tu, so kita singgah beli lepas tu terus hantar ayah balik rumah sebab before pukul10 nieyl nak kena sampai pejabat semula.
Alhamdulillah, dapat luangkan masa untuk teman ayah..ini satu rezeki yang Allah bagi untuk kita kan..semoga akan ada rezeki nieyl lagi untuk teman mak ayah..
Alhamdulillah, dapat luangkan masa untuk teman ayah..ini satu rezeki yang Allah bagi untuk kita kan..semoga akan ada rezeki nieyl lagi untuk teman mak ayah..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)