09 December, 2024

Majlis Penubuhan Kelab

Majlis Penubuhan Kelab | Ketika ini semua warga jabatan di minta untuk sama-sama menjayakan majlis penubuhan kelab baru, dimana jabatan nieyl ni baru sahaja diwujudkan awal tahun. So, kita nak wujudkan kelab supaya kebajikan warga sentiasa di jaga InsyaÁllah.. 

Sebelum majlis bermula, semua tetamu di jemput untuk menikmati jamuan makan tengah hari. Menu dia pun betul-betul ala-ala kenduri kahwin lepas tu hall yang kita gunakan ni pun untuk majlis-majlis kahwin juga, so..decoration tu memang ala-ala wedding dah ni pengantin je tak ada hehehe.

Seperti biasalah kalau datang majlis-majlis macam ni yang dinantikan adalah doorgift hahaha.. Kali ni untuk julung kali di adakan ni , gift dia pun boleh tahan juga tau. 

Sebelum balik tu, wajiblah bergambar dulu dengan doorgift yang nieyl dapat. Penuh tangan tu sebab dalam beg tu ada letak makanan minum petang untuk dibawa balik. 

Tadaaa..inilah doorgift yang disediakan untuk para tetamu yang hadir memeriahkan majlis penubuhan kelab. Bekas makanan tu sesuailah untuk nieyl yang rajin bawa bekal pergi kerja ni kan..

Tumbler ni banyak warna, tapi seperti biasalah tidak boleh di tukar ya kawan-kawan. Dalam kotak kan jadi, apa yang dapat itulah ko kena terima tak pun ko boleh bertukar-tukar dengan kawan-kawan yang lain. Cantikkan warna purple ni, lembut je warna dia. Nieyl dah rasmikan dah tumbler ni untuk kegunaan dekat opis. Nieyl kan suka minum air sejukkan, so..air sejuk yang nieyl ambil dekat pantry awal pagi sampai tengah hari masih sejukkkk lagi..suka-suka...

4 comments:

  1. wah..best betul door gift tu ha...cantik warna dia dan akak pun suka kalau doorgift bleh guna ni...

    ReplyDelete
  2. seronok doorgift tu..memang berguna semua nya

    ReplyDelete
  3. Betuuul paling suka kalo dpt doorgift yg menang bisa dipakai hari2, drpd yg hanya dipandang Saja. Baguus sangat Tumbler dan kotak makannya kak 👍

    ReplyDelete
  4. Bestnya doorgift pun...sgt berguna

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)