Taman Botani Putrajaya | Kisah nak naik basikal ni dah lama terpedam tau, ada beberapa kali kitaorang nak pergi asyik je hujan. Masa nak pergi ni pun dalam hati cakap janganlah hujan, walaupun langit tu memang nampak nak mendung tapi sekejap sahaja. So, sampai je taman botani tu kitaorang jalan kaki masuk dalam sebab nak nikmati pemandangan, lepas tu pergi dekat tempat orang sewa naik bot. Tapi tak ada nak naik pun saja cuci mata, lepas tu nampak dalam tasik tu banyak ikan dan dekat kaunter pula ada jual makan ikan rm3 sepaket. Kitaorang beli dan bagi ikan-ikan dalam tasik tu makan. Ya Allah banyak ya korang ikan dalam tuu..
Selepas tu, baru kitaorang pergi sewa basikal sorang satu sebab masing-masing nak bawa badan sendiri hahaha.. Walaupun laluan dia penuh dengan cabaran berbukit sikit tapi kami berjaya melepasinya dengan bangga hahaha berpeluh ya kawan-kawan.. Kitaorang sewa RM10/pax untuk 30-45 minit rasanya.
Kenangan bertiga bersama basikal, seronok naik basikal santai-santai macam ni tengok pemandangan kehijauan taman ni.
Love gambar ni.. nieyl ada post gambar ni dekat IG story dan ada orang DM cakap dia suka tengok persahabatan kiteorang bertiga. Walaupun berbeza umur ya tapi masih boleh bersahabat dan sekepala.
Alhamdulillah, rezeki Allah beri sahabat yang baik..♥
Seronok betul..aktiviti sihat cycling ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah... Semoga persahabatan yg terjalin, kekal berpanjangan.. Aamin2
ReplyDeleteWah...seronok nya..matching2 lagi..nice 👏👏👏
ReplyDeleteBest ni cycling dlm taman... Hijau & segar 👍🏻
ReplyDeleteTempatnya cantik, outfit pun matching 😄❤️. Memang sukaaa lihatnya.
ReplyDeleteDah lama saya tak naik sepeda. Mungkin trakhir masa sekolah. Ntah lah masih ingat atau tak 🤣. Kuatirnya badan dah lupa cara naik sepeda 😂