19 September, 2016

Derma Darah Menjadi Amalan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Derma Darah Menjadi Amalan | Sebelum terima berita ayah masuk hospital, memang dah plan hari jumaat pagi tu nak pergi ke Jusco Taman Equine untuk derma darah sebab last derma darah 1/4/2016. So, bulan nie dah kira lebih dari 3 bulan lah,boleh dan layak untuk derma. Nak dijadikan cerita, kami hanya boleh melawat ayah pada waktu melawat sahaja iaitu 12.30 tgh hari sehingga 2.00 petang dan 4.30 petang sehingga 6.30 petang. Jadi plan nak pergi ke hospital dalam pukul 12.30 macam tu.

Jumaat pagi tu pukul 10 pagi start enjin kereta terus pergi ke Jusco, Alhamdulillah..jalan pun tak banyak kenderaan sangat jadi dalam 25 min sampai..



Bila sampai memang tiada orang lagi yang datang nak derma,jadinya nieyl orang pertama yang datang seawal pagi untuk derma darah. Seperti biasa prosedur  kena isi borang dahulu, okey dalam borang tu banyak soalan² tentang kesihatan diri kita,kena jawab sejujur-jujurnya yaa..tak mo tipu²... 

Selesai isi borang kena serahkan jari pula untuk doktor check jenis darah kita, so far walaupun nieyl dah ada buku dan tertera jenis darah, memang prosedur kena check juga ye,tak boleh nak menyelat. Ala..tak sakit pun u olls,macam kena gigit semut je..betul,ce tanya ibu² yang mengandung..dieorang setiap bulan kena cucuk jari kan sebab nak tgk check kandungan gula dalam darah :)

Lepas dah check jenis darah, kena pergi ke next kaunter pula,sori ya tak ada gambar..Kaunter kedua adalah untuk doktor check tekanan darah kita dan dia akan tanya semula soalan² dlm borang tadi untuk pengesahan dia. Actually tidak semua orang boleh derma darah tau oulls,ada beberapa syarat yang kita kena penuhi,sebelum kita boleh derma darah. Ok yg itu nanti i share okey..


Kena step seterusnya adalah kena baring atas kerusi yang di sediakan mengikut keselesaan kita, contohnya nieyl selesa ambil darah dari tangan kiri,so..cari tempat yang ada untuk tangan kiri. Sebelum² nie nurse perempuan yang akan cucuk nieyl, tapi kali ini lelaki..actually,nieyl aspek takkan lebam sebab nurse nampak macam sangat mahir. Agak sedikit rasa sakit la masa dia cucuk tu..tapi buat relax je..hihihi..


Masa ni kita kena pam benda dekat tangan tu,supaya darah keluar ngan cepat..Alhamdulillah nieyl ambil masa dalam 10-15minit untuk penuhkan 450ml..Bila nurse dah cabut jarum semua..rasa sangat lega,rasa sangat kepuasan dalam derma darah sebab kita tahukan pusat darah negara sangat memerlukan darah jenis O..so,nieyl darah jenis O..jadi ianya memberikan nieyl kepuasan dapat membantu mereka,tidak kira siapa pun yg akan terima darah nieyl tu satu hari nanti..

Kelayakan untuk menderma darah :-

1. Sihat tubuh badan. 
2. i) Berumur di antara 18-65 tahun untuk yang pernah menderma.
   ii) Berumur di antara 18-60 tahun untuk pertama kali menderma.
  iii) 17 tahun (perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga). 
3. Berat badan 45kg ke atas. 
4. Tidur minimum 5 jam. 
5. Tiada masalah kesihatan. 
6. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah. 
7. Pendermaan terakhir 3 bulan lepas 
8. Bagi penderma wanita; tidak mengandung, tidak datang haid, tidak menyusukan anak.
9. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut : 
  • Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual). 
  • Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual) 
  • Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial. 
  • Bertukar-tukar pasangan seks. Mengambil dadah secara suntikan. 
  • Menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas.


Thanks dekat dieorang nie,sudi bangun pagi teman pergi derma darah..Anak buah nieyl dan kakak ipar nieyl. Alhamdulillah kakak ipar nieyl first time derma darah dan dia teruja. So,lepas nie nieyl ada lah kawan nak pergi derma darah tak adalah sorang².. :)


Thanks korang baca! ♥

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

7 comments:

  1. Alhamdullilah. Dah lama jugak siqah tak menderma darah :)

    ReplyDelete
  2. sy nak tapi sy tak boleh sebab doc cakap darah sy hanya cukup2 untuk sy sahaja huhu

    ReplyDelete
  3. wah..bestnya baca cerita orang derma darah..kita ni, tah bila la nak menderma drah..hehehe..

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
  4. Wkmsalam.
    Tahniah. Satu amalan yang mulia.

    ReplyDelete
  5. saya terus disqualified based on no.3,5 & 8 walaupun darah ni berjenis 0.. :(

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah tahniah kerana menderma, besar pahala tu..
    MJ je tak berani huhuuu..
    teringin tapi takut

    ReplyDelete
  7. x prnh derma drh lg.check jenis drh org prnh la..haha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)