23 September, 2016

Melawat Ayah Di IJN

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Melawat Ayah Di IJN | Kebetulan pagi tadi (22/9/2016)  dalam pukul10 pagi 2 orang abg nieyl nak pergi melaway ayah dekat IJN , rasa hati ini nak sangat pergi sebab plan nak pergi hari sabtu nanti dengan my sister. Tapi kita hanya merancang Allah menentukan, Allah gerakkan hati ini untuk pergi juga melawat ayah hari ini, bersyukur sangat dapat bos yang tersangat baik dan nieyl minta time slip 4jam untuk melawat ayah dekat IJN. Kebetulan kakak nieyl yang kerja dekat KKM pun dapat pelepasan 4 jam ,so kami berempat pergi.

Orang kata tiada apa yang membahagiakan hati ibu ayah kita dengan melihat kehadiran anak² dia, mengambil berat tentang kesihatan dia walaupun jauh IJN dengan rumah nieyl. Alhamdulillah, hari ini hari ke 3 ayah kena tahan dekat IJN..Kalau dari segi kesihatan,ayah dah stabil dan masih kena rest dekat hospital untuk beberapa hari lagi. Ayah kena buat operation BYPASS ,Bypass ialah pembedahan pintasan koronari. Matlamat pembedahan ini adalah untuk menggantikan arteri rosak dalam hati dengan saluran darah dari bahagian lain badan. Pembedahan ini digunakan apabila arteri koronari anda tersumbat atau rosak.

Buat masa ni doktor belum boleh bagi tarikh untuk buat pembedahan,cuma kami adik beradik kena always standby,bila doktor dah tetap kan tarikh kami semua adik beradik akan ambil cuti dan menunggu di IJN. Kalau tak silap,pembedahan bypass nie mengambil masa lebih kurang 5 jam. Lama kan?hmm...


Nieyl suka IJN nie dia sangat selesa, actually..masa sampai tadi jumpa ayah dekat katil dia lepas ayah ajak duduk dekat ruang tamu,so..boleh sembang² dengan selesa. Ada tv kalau nak bercakap kuat pun tidak menganggu jiran-jiran sebelah katil.


Bila snap gambar nie, rasa macam kakak ngan abg² tengah interview ayah.hihihi.. ayah nampak lebih sihat,lebih cergas berbanding sebelumnya. Walaupun setiap pembedahan itu berisiko,tapi kata ayah.. berdoa sentiasa,jangan sesekali putus berdoa. dan tadi ayah pesan, ayah doakan semoga nieyl dapat diserap ke jawatan tetap..Amin...itu je yang selalu ayah ckp..InsyaÁllah..mudah-mudahan..Amin..


Itu bukan nieyl ye..itu my sister kebetulan hari ini dia pun pakai baju warna hijau sama ngan nieyl. Gambar nieyl tak ada sebab dieorang tak pandai nak snap picture nie,semuanya blur..😠 okey, itu je nak share ngan korang keadaan ayah nieyl sekarang nie..terima kasih atas setiap doa yang korang doakan untuk kesihatan ayah nie..InsyaÁllah..nanti nieyl akan update bila ada perkembangan baru tentang kesihatan ayah nieyl yaaa...:)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

7 comments:

  1. SALAM JUMAAT NIEYL MOGA AYAHNYA TABAH N URUSAN PEMBEDAHAN DIPERMUDAHKAN ALLAH SELAMAT SEMUANYA.

    ReplyDelete
  2. lamanya sampai 5 jam. Semoga dipermudahkan urusan & semoga ayah nieyl cepat sembuh :)

    ReplyDelete
  3. semoga ayah cik nieyl cepat sembuh.. saya tak pernah jejak kaki dalam IJN, jalan kaki depan bangunan tu pernahlah. >,<

    ReplyDelete
  4. Salam jumaat.
    Semoga pembedahan dipermudahkan.
    Agar sihat spt sediakala.

    ReplyDelete
  5. semoga dipermudahkan segala urusan ayah nieyl dan semoga beliau lekas segera sembuh..:)

    ReplyDelete
  6. smoga dipermudahkan pembedhn nnti.Allahumma aamiin.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)