07 September, 2016

Resepi Kerabu Epal Hijau

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Kerabu Epal Hijau | Pernah dengar kerabu mangga,kerabu kacang botol tapi kerabu epal hijau belum pernah try lagi..ha...masa tengah google nak masak apa hari ini,ternampak resepi kerabu epal hijau..nieyl share ngan korang yaaa...

Bahan-bahan:

  • 1 biji epal hijau
  • 1 biji bawang besar-potong dadu
  • 1 biji tomato -potong dadu
  • 4 biji cili api- potong bulat
  • 1 tangkai cili merah - potong bulat
  • lemon juice/limau nipis/sedikit cukamasak
  • 1/2 sudu teh kecil sos ikan
  • garam dan gula secukup rasa
  • udang kering digoreng- ditumbuk
Cara-cara :

  • hiris buah epal nipis² dengan kulit sekali dan rendam dlm air garam elak lebam
  • satukan epal hiris,bawang besar,tomato,cili padi,cili merah dalam mangkuk
  • masukkan lemon juice/limau nipis/sedikit cuka (kalau tiada lemon juice) gaul semua bahan² dan taburkan udang kering
  • bubuh sedikit garam dan gula sehingga sebati,dah boleh dihidang...

Selamat mencubaaa

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

2 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)