14 September, 2016

Nikah di Masjid atau di Rumah?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Nikah di Masjid atau di Rumah? | Bila duduk bersembang-sembang terkeluar cerita tentang bab nikah nie, ada juga pasangan yang runsing nak melangsungkan pernikahan di mana, sama ada di Masjid atau di rumah. 

Ada sebuah riwayat yang bermaksud: “Umumkan (kepada khalayak) pernikahan ini dan jadikan (urusan akad)nya di masjid serta pukullah kompang.” 

Berdasarkan riwayat ini, ada sahaja yang menganjurkan majlis akad nikah diadakan di dalam masjid. Namun, ada juga yang tidak menganjurkannya kerana kekuatan riwayat ini diperbincangan di kalangan ahli hadis. Dalam erti kata lain, ini bukanlah riwayat yang sahih. 

Jadinya, melangsungkan majlis akad nikah di masjid atau di rumah sebenarnya terserah kepada pilihan kita. Dekat masjid pun boleh kerana ia adalah tempat yang mudah dikenali oleh para tetamu, termasuklah oleh jurunikah dan para saksi. Dan takut jurunikah dan saksi sesat tak jumpa jalan ke rumah, zaman sekarang ni InsyaÁllah tidak akan sesat google maps ada,waves pun ada,GPS ada kan.. Dah canggih sekarang nie..Jangan risau.

Boleh juga kalau nak nikah di rumah agar ia dapat dihadiri oleh semua pihak khususnya kaum wanita yang mungkin pada saat itu dalam keadaan uzur (sedang haid). Majlis akad nikah yang diadakan di rumah juga membolehkan rakan-rakan dari kalangan bukan Islam turut hadir dan menyaksikan cara kita (umat Islam) bernikah. Semua orang boleh lihat.

Kalau kita lihat setiap perkara ada kelebihan dan kekurangan, Ia terserah kepada pilihan masing-masing. Ha..macam nieyl dulu memang plan asalnya nak buat akad nikah di rumah sebab sedara mara terlalu ramai jadi bila dekat rumah tu lebih mudah,lepas akad nikah selesai terus ke khemah jamuan makan. :)



  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

5 comments:

  1. Wkmsalam.
    Ikut keselesaan masing2.
    Kalau di kampung2, mungkin ramai yang buat di rumah saja.

    ReplyDelete
  2. saya dulu nikah kat rumah..
    saya ni jenis spesies malu kalau pakai lawa2
    nak pergi naik masjid tu.. malu kita orang tengok.. hehe..
    cukuplah kat rumah je..

    ReplyDelete
  3. Akak duli teringin sangat nak nikah dimasjid tapi abab ibu nak kamk nikah dirumah.

    ReplyDelete
  4. Sha lebih suka buat di rumah..
    Lebih selesa dan tidak mengganggu urusan di Masjid..
    Bukan apa, kalau buat di rumah, lebih ramai yang dapat lihat..
    namun, semuanya bergantung pada tok kadi.. Huhuhu..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)