Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

14 September, 2016

Nikah di Masjid atau di Rumah?

by on September 14, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Nikah di Masjid atau di Rumah? | Bila duduk bersembang-sembang terkeluar cerita tentang bab nikah nie, ada juga pasangan yang runsing nak melangsungkan pernikahan di mana, sama ada di Masjid atau di rumah. 

Ada sebuah riwayat yang bermaksud: “Umumkan (kepada khalayak) pernikahan ini dan jadikan (urusan akad)nya di masjid serta pukullah kompang.” 

Berdasarkan riwayat ini, ada sahaja yang menganjurkan majlis akad nikah diadakan di dalam masjid. Namun, ada juga yang tidak menganjurkannya kerana kekuatan riwayat ini diperbincangan di kalangan ahli hadis. Dalam erti kata lain, ini bukanlah riwayat yang sahih. 

Jadinya, melangsungkan majlis akad nikah di masjid atau di rumah sebenarnya terserah kepada pilihan kita. Dekat masjid pun boleh kerana ia adalah tempat yang mudah dikenali oleh para tetamu, termasuklah oleh jurunikah dan para saksi. Dan takut jurunikah dan saksi sesat tak jumpa jalan ke rumah, zaman sekarang ni InsyaÁllah tidak akan sesat google maps ada,waves pun ada,GPS ada kan.. Dah canggih sekarang nie..Jangan risau.

Boleh juga kalau nak nikah di rumah agar ia dapat dihadiri oleh semua pihak khususnya kaum wanita yang mungkin pada saat itu dalam keadaan uzur (sedang haid). Majlis akad nikah yang diadakan di rumah juga membolehkan rakan-rakan dari kalangan bukan Islam turut hadir dan menyaksikan cara kita (umat Islam) bernikah. Semua orang boleh lihat.

Kalau kita lihat setiap perkara ada kelebihan dan kekurangan, Ia terserah kepada pilihan masing-masing. Ha..macam nieyl dulu memang plan asalnya nak buat akad nikah di rumah sebab sedara mara terlalu ramai jadi bila dekat rumah tu lebih mudah,lepas akad nikah selesai terus ke khemah jamuan makan. :)



  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

01 December, 2015

Belanja Ikut Kemampuan

by on December 01, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Dalam hal perbelanjaan, kia dan pasangan perlu memainkan peranan penting dengan mewujudkan kerjasama dan sefahaman agar bajet perkahwinan tidak melebihi kemampuan. Oleh itu, pastikan kita tahu bagaimana untuk mewujudkan bajet perkahwinan secara bijak.


Perbincangan Bersama 
Hanya kita dan pasangan sahaja yang mengetahui tahap kemampuan kewangan masing-masing. Justeru, berbincanglah dengan pasangan mengenai perjalanan majlis seperti menetapkan lokasi, tema, pakaian, jemputan, makanan dan sebagainya. Pastikan setiap keputusan dipersetujui bersama.

Tema 
Klasik, romantis, kontemporari, moden atau dalam taman. Jika memilih tema dalam taman, cuba kurangkan bajet dengan menggunakan persekitaran sedia ada seperti di kebun atau halaman rumah. 

Jemputan 
Senaraikan jumlah dan siapa tetamu yang akan dijemput. Jika jemputan agak terbatas, utamakan keluarga, jiran dan sahabat. 

 Pakaian 
Pastikan pakaian sesuai dengan lokasi dan selesa untuk digayakan sepanjang hari. Jika tidak mampu untuk membeli, lebih baik menyewa sahaja. 

Makanan 
Bincang bersama keluarga sama ada memilih katering atau bergotong-royong untuk memasak. Jika memilih katering minta saranan rakan yang pernah menggunakan khidmat katering bagi mengenal pasti katering yang tepat. 

 Agihan Perbelanjaan
 Dalam merancang bajet perkahwinan, anda tidak boleh bergantung kepada satu pihak sahaja. Sebaliknya, berikan agihan perbelanjaan dengan menyenaraikan siapa yang perlu mengeluarkan bajet bagi sesuatu perkara. Senaraikan setiap barangan yang diperlukan seperti barangan hantaran, fotografi, cenderahati, kad jemputan, bunga telur dan sebagainya.

 Tetapkan Bajet
 Bagi Setiap Perbelanjaan Bagi mengelakkan anda berbelanja secara berlebihan, tetapkan dan catatkan bajet bagi setiap perbelanjaan anda. Misalnya, barangan hantaran (RM2,000) bagi setiap seorang dan pertunangan (RM1,600), katerer (RM12,000), pakaian, pelamin dan fotografi (RM4,000), cenderahati dan bunga telur (RM1,500) dan lain-lain (RM2,000). Apabila bajet telah ditetapkan, pastikan barangan dan perkhidmatan yang dipilih tidak melebihi bajet tersebut. 

 Dapatkan Sebut Harga 
Jangan terlau tergesa-gesa dalam memilih pihak pengurusan perkahwinan. Kunjungi beberapa butik perkahwinan bagi memilih pakej yang bersesuaian dengan bajet anda. Dapatkan sebut harga daripada pembekal misalnya, kedai bunga, kedai gambar, butik pengantin, katerer, kedai cetakan, kad kahwin dan sebagainya. 

 Beli Secara Berperingkat 
Jika anda telah memilih tarikh perkahwinan, rancanglah perbelanjaan dari awal. Misalnya, enam bulan sebelum majlis adalah masa terbaik untuk anda membuat pembelian secara berperingkat. Pada bulan pertama misalnya, anda sudah boleh mengeluarkan bajet untuk membeli cederahati. Pada bulan berikutnya, keluarkan bajet untuk membeli hantaran pula. Dengan perbelanjaan secara berperingkat ini, ia akan memudahkan anda merancang dan kurang merasai bebanan kewangan.



-LOVE nieyl-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

27 November, 2015

Upah sebagai wali??

by on November 27, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Selamat Pagi..
Perkongsian pagi jumaat nie tentang wali...

Nieyl pun baru je terbaca tentang nie...
dan selama nie nieyl tak pernah pun tahu tentang upah wali..
kalau uolls pun sama mcm nieyl..
meh kita sama² belajar sesuatu dr Blog nieyl pagi nie...

Perkahwinan termasuk dalam hukum syarak dan 
dituntut ke atas setiap lelaki dan wanita.
 Pelayaran bahtera perkahwinan pastinya akan memberikan 
pelbagai pengalaman pahit dan manis. 

 Jika seseorang wanita yang ingin berkahwin masih mempunyai wali
 tetapi si wali menetapkan syarat jika ingin dia hadir sebagai wali bagi anaknya sendiri,
 dia mahu diberi sejumlah wang yang besar sebagai upah. 

Perlukah anda menyediakan wang itu atau adakah alternatif lain yang boleh dibuat jika wanita itu masih mempunyai wali lain yang layak? 
Memberi sejumlah wang bagi membiayai keperluan perjalanan si wali adalah dibenarkan dan munasabah sekiranya si wali bukan daripada golongan yang berkemampuan.

Tetapi jika jumlah yang diminta tidak munasabah,
tidak perlu memenuhi kehendak tersebut. Boleh juga gunakan wali seterusnya yang berada
di dalam kedudukan wali teratas selepas wali yang tadi.

 Jika tiada wali lain, boleh mohon di Mahkamah Syariah agar hakim mengeluarkan perintah supaya wali tersebut memberikan persetujuan dan jika wali berkeras, hakim akan mengeluarkan perintah agar menggunakan wali hakim.

Kes² macam nie jarang² kita dengar atau terjadi dekat Malaysia nie..
Tapi mungkin ada terjadi cuma kita tak tahu..
jadi,skrg rasanya kita belajar sesuatu kan....:)

Terima kasih semua!
sudi membaca



-LOVE nieyl-

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

24 November, 2015

Hantaran Perkhawinan

by on November 24, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

gambar pinjam sat dgn en.google

Okey semalam nieyl ada share tentang Mas Kahwin..
rasanya mana² yg belum kahwin tu..
dapat sedikit ilmu tentang Mas Kahwin...

Hari ini nak share sikit tentang HANTARAN..
kalau sebut hantaran nie semua orang faham..

Hantaran berbeza daripada mas kahwin di mana ianya tidak diwajibkan 
tetapi terpulang kepada pasangan untuk memberinya mengikut kadar yang dipersetujui.
 kalau ikut adat Melayu, wang hantaran bertujuan bagi mengurangkan beban isteri dan keluarga dalam membuat persiapan majlis perkahwinan. 

Selain itu, ia juga dianggap sebagai hadiah kepada isteri yang tersayang. 
Jumlah duit hantaran yang ditawarkan pihak lelaki sebenarnya ditetapkan oleh keluarga pihak perempuan semasa perbincangan bersama keluarga pihak perempuan.

Bilakah masa yang sesuai untuk pemberian wang hantaran? 

1.Selepas ikatan pertunangan atau dua bulan sebelum akad nikah
dengan memberikan separuh wang hantaran.
 Ini bertujuan untuk membeli barang persiapan kenduri.
Selepas majlis akad nikah diberikan yang selebihnya lagi.

2.Memberikan kesemua wang hantaran dua bulan sebelum majlis akad nikah.

3.Memberikan kesemua wang hantaran pada majlis akad nikah.

*wang hantaran nie sebenarnya kalau boleh, biarlah mengikut kemampuan,
pihak lelaki...dan yang penting sekali...please ye..jangan buat pinjaman bank
semata² buat duit hantaran dan kenduri besar²...nanti anak dah 4 5 hutang
tak habis-habis bayar lagi :)

Allah paling suka kalau hamba bersederhanaan :)


-LOVE nieyl-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

23 November, 2015

Apa dia Mas Kahwin?

by on November 23, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

pinjam gambar kat en.google sat :)

Mas kahwin atau ‘mahar’ yang dipetik daripada bahasa Arab merupakan sesuatu pemberian yang WAJIB diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.
Di Malaysia, pemberian mas kahwin adalah berbeza-beza di setiap negeri dan mengikut perundangan syariah di bawah bidang kuasa setiap Sultan yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Mas kahwin juga boleh berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat. 
Mas kahwin adalah wajib dibayar semasa akad nikah pasangan pengantin.

Sebagaimana Firman Allah:
“Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu Mas Kahwin mereka.” [Surah al-Nisa, ayat 4]

Pemberian mas kahwin juga dibolehkan dengan pemberian senaskah al-Quran kepada isteri di mana, Rasulullah S.A.W pernah mengahwinkan seorang lelaki dengan bermas kahwinkan surah (ayat-ayat al-Quran) di mana lelaki tersebut tidak memiliki barangan untuk dijadikan mas kahwin.


Sabda Rasulullah S.A.W: “Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada besi.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Allah telah berfiman di dalam al-Quran: “Apabila kamu telah memberikan kepada mereka itu (isteri) sepikul mahar, maka jangan kamu ambil walau sedikit daripada mahar itu” - surah al-Nisa : 20 -

Hikmah senaskah al-Quran sebagai mas kahwin: 

1. Al-Quran merupakan kitab suci dan melambangkan cinta sejati bersyariatkan agama kepada isteri.
 2. Ayat-ayat al-Quran akan dibaca dan dimanfaatkan kegunaannya hingga ke akhir hayat.
3. Ilmu yang berguna dan membantu dalam meningkatkan amalan dunia dan akhirat.
4. Mendapat kebaikan pahala kepada isteri dan suami apabila membaca al-Quran.
 5.Mendapat keberkatan dalam rumahtangga.



-LOVE nieyl-


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png