Dalam hal perbelanjaan, kia dan pasangan perlu memainkan peranan penting dengan mewujudkan kerjasama dan sefahaman agar bajet perkahwinan tidak melebihi kemampuan. Oleh itu, pastikan kita tahu bagaimana untuk mewujudkan bajet perkahwinan secara bijak.
Perbincangan Bersama
Hanya kita dan pasangan sahaja yang mengetahui tahap kemampuan kewangan masing-masing. Justeru, berbincanglah dengan pasangan mengenai perjalanan majlis seperti menetapkan lokasi, tema, pakaian, jemputan, makanan dan sebagainya. Pastikan setiap keputusan dipersetujui bersama.
Tema
Klasik, romantis, kontemporari, moden atau dalam taman. Jika memilih tema dalam taman, cuba kurangkan bajet dengan menggunakan persekitaran sedia ada seperti di kebun atau halaman rumah.
Jemputan
Senaraikan jumlah dan siapa tetamu yang akan dijemput. Jika jemputan agak terbatas, utamakan keluarga, jiran dan sahabat.
Pakaian
Pastikan pakaian sesuai dengan lokasi dan selesa untuk digayakan sepanjang hari. Jika tidak mampu untuk membeli, lebih baik menyewa sahaja.
Makanan
Bincang bersama keluarga sama ada memilih katering atau bergotong-royong untuk memasak. Jika memilih katering minta saranan rakan yang pernah menggunakan khidmat katering bagi mengenal pasti katering yang tepat.
Agihan Perbelanjaan
Dalam merancang bajet perkahwinan, anda tidak boleh bergantung kepada satu pihak sahaja. Sebaliknya, berikan agihan perbelanjaan dengan menyenaraikan siapa yang perlu mengeluarkan bajet bagi sesuatu perkara. Senaraikan setiap barangan yang diperlukan seperti barangan hantaran, fotografi, cenderahati, kad jemputan, bunga telur dan sebagainya.
Tetapkan Bajet
Bagi Setiap Perbelanjaan
Bagi mengelakkan anda berbelanja secara berlebihan, tetapkan dan catatkan bajet bagi setiap perbelanjaan anda. Misalnya, barangan hantaran (RM2,000) bagi setiap seorang dan pertunangan (RM1,600), katerer (RM12,000), pakaian, pelamin dan fotografi (RM4,000), cenderahati dan bunga telur (RM1,500) dan lain-lain (RM2,000). Apabila bajet telah ditetapkan, pastikan barangan dan perkhidmatan yang dipilih tidak melebihi bajet tersebut.
Dapatkan Sebut Harga
Jangan terlau tergesa-gesa dalam memilih pihak pengurusan perkahwinan. Kunjungi beberapa butik perkahwinan bagi memilih pakej yang bersesuaian dengan bajet anda. Dapatkan sebut harga daripada pembekal misalnya, kedai bunga, kedai gambar, butik pengantin, katerer, kedai cetakan, kad kahwin dan sebagainya.
Beli Secara Berperingkat
Jika anda telah memilih tarikh perkahwinan, rancanglah perbelanjaan dari awal. Misalnya, enam bulan sebelum majlis adalah masa terbaik untuk anda membuat pembelian secara berperingkat. Pada bulan pertama misalnya, anda sudah boleh mengeluarkan bajet untuk membeli cederahati. Pada bulan berikutnya, keluarkan bajet untuk membeli hantaran pula. Dengan perbelanjaan secara berperingkat ini, ia akan memudahkan anda merancang dan kurang merasai bebanan kewangan.
-LOVE nieyl-
BETUL TU nieyl....lagi2 era gst ni ,,,,harga barang serba serbi tgi so buat le perbelanjaan berhemah..buat recee dulu...survey mane yg patut...mane yg ok...mane yg berpatutan.....selagi boleh jimat try jimat...
ReplyDeleteakak dulu half2 ngan somi akak..buat sekali majlis je sebab nnt kalau nak ajak tetamu pun org sama jer..save byk sgt kat situ..
ReplyDeleteNice tips.. Sy kahwin dulu takde sewa-sewa.. Simple je.
ReplyDelete