16 December, 2015

Rakan Sekerja Yang Menyakitkan Hati

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Bayangkanlah 8 jam sehari..
kita darab dengan 20 hari sebulan dapat berapa?
jumlah itulah kita habiskan masa di pejabat atau di ruang kerja kan..
andai kata kita ada konflik atau bergaduh dengan rakan kerja..
Apa korang rasa?

Setiap kita pasti pernah merasai situasi tu kan..
nieyl pun pernah jugak...sampai rasa macam malas nak datang kerja...
Tapi pagi ni  nak share beberapa tips untuk kita atasi masalah mcnie kalau terjadi lagi..dan lagi..hihi..

Tenang, jangan buat kecoh 
Ketika rakan kita itu memerli atau meluahkan kata-kata yang menyakitkan hati jangan balas. Diam, tenang dan ambil headset untuk dengar lagu. Jangan dengar kata-katanya kerana ia boleh menyebabkan anda marah dan bertindak di luar batas profesional.

 Tegas 
Kadang kala konflik peribadi dengan rakan sekerja boleh membabitkan kerja. kita mungkin dimarah, kerja kitaselalu dilihat salah dan sebagainya. Jika ini berlaku, cuba tegaskan kepadanya dengan cara profesional agar tidak mengaitkan konflik peribadi dengan kerja. Gunakan intonasi suara yang tegas supaya dia tahu anda serius.

 Bersikap matang 
Pernahkah kita alami keadaan di mana, tak tahu apa silap kita tapi rakan sekerja seolah-olah tidak suka dengan kita. Jika ini berlaku, jangan biar situasi itu berterusan. Bersikap matang, dekati rakan itu dan tanya puncanya. Tapi pastikan anda mendekatinya pada waktu yang sesuai, selesai waktu kerja contohnya.

 Elakkan bertemu 
kita mungkin mahu menyelesaikan konflik tapi rakan sekerja berhati batu mahu terus dengan situasi yang tidak selesa ini. Jika dia sukar diajak berunding, maka seboleh mungkin kurangkan pertemuan dengannya untuk mengelakkan keadaan yang kekok. Ini juga mungkin cara untuk mengurangkan konflik dengannya.

 Bersikap baik 
Meskipun rakan sekerja selalu membuat anda sakit hati, menimbulkan masalah tapi sentiasa cuba bersikap baik dan berfikiran positif. Jangan berkasar dan terus cuba untuk menyelesaikan konflik. Jika sukar melakukannya sendiri anda mungkin boleh menggunakan orang ketiga untuk membantu.

Sangat tak best klu ada konflik atau bergaduh sesama rakan sekerja kan..
sebab adakalanya kita terpaksa bekerjasama dalam 1 pasukan...
jadi,sebaiknya kita cuba untuk selesaikannya dengan baik dan bijak..:)

Ok sekian...
itu antara tips² yg boleh kita kongsi bersama :)




-LOVE nieyl-


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

11 comments:

  1. buat dono je ngan mereka yg mcm ni.kalau dilayan kita yang sakit hati

    ReplyDelete
  2. Sgt menyeksakan sbnrnya kalau ada jenis yg mcm ni kt ofis..nk keje pun x tenang..tp lgi sakit hati bila kita jd mangsa...cthnya kita ni berkawan dgn si A, tba2 dia bergaduh dgn si B...dgn kita2 sekali dia pun gaduh sbb kita kwn dgn si B...fenin..hihi

    ReplyDelete
  3. SEMOGA CERIA BERSAMA KAWAN2 YG DISENANGI.

    ReplyDelete
  4. tips bagus ni..

    kena positif selalu & lupakan benda yg menyakitkan hati :)

    ReplyDelete
  5. betul..akak setuju dgn entry nie..biar lah kita matang sensorg.

    ReplyDelete
  6. benda yang common di pejabat.. hehe tapi betul lah.. ignore ja bemda-benda macam ni lagi baik kan :D

    ReplyDelete
  7. rakan sekrja klu rakan sekelas pn leg=h guna tips ni kan.. hehehe thanks info

    ReplyDelete
  8. x selesa!
    aida pernah alami.
    dek krn aida ni lebih tua dari dia, aida la beralah :)
    meredakan suasana tegang...

    ReplyDelete
  9. saya lebih memilih buat hal sendiri, malas nak pikir pasal orang..
    ignore je la

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)