السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Selamat pagi =)
Selamat pagi =)
1. Minum lemon suam
Perah sedikit lemon ke dalam air suam dan masukkan dua hiris lemon. Ia membantu penghadaman dan metabolisma anda.
2. Sarapan berkhasiat
Nasi lemak atau roti canai merupakan sarapan ruji masyarakat Malaysia tetapi apa salahnya sekali sekala anda tukar selera. Makanlah buah-buahan atau roti bersama avokado dan telur rebus, tubuh badan anda pasti akan lebih bertenaga.
3. Teh Hijau
Teh hijau kaya dengan antioksidan dan ia juga mampu membuang toksin dalam badan. Minum secawan teh hijau pada waktu rehat pagi anda dan pastikan anda minum juga beberapa cawan lagi sepanjang hari.
4. 'Infuse water'
Rendamkan setengah timun dan setengah lemon yang dihiris ke dalam air. Minum sepanjang hari dan isi lagi dengan air sejuk jika sudah habis. Pastikan anda gunakan botol yang boleh digunakan semula ya~
5. Snek sejuk beku
Sejuk bekukan buah-buahan seperti ceri atau strawberi untuk snek yang sihat dan enak!
6. Rancang jadual kerja
Pastikan anda memulakan pagi anda dengan merancang jadual kerja anda. Tidak kira anda bekerja atau suri rumah, perancangan yang baik boleh memberi anda kawalan dan mengurangkan stress kemudian.
7. Lakukan aktiviti positif
Tidak kira anda lakukan apa pun, pastikan ianya positif dan memberi anda 'sense of peace'. Membaca Al-Quran biasanya sangat membantu, ataupun mendengar motivasi pagi di radio atau internet. Bersenam atau menari juga boleh membantu anda 'de-stress' diri.
-LOVE nieyl-

Nak menari dah tak terlaratlah Nieyl hihi..
ReplyDeleteDulu kakak rajin minum teh hijau tapi sejak setahun ni kakak suka lemon dan madu - masam manis dgn aroma lemon tu buat kakak suka.
mmg betul2 sihat camtu..hehe
ReplyDeleteteh ijau tu kadang2 je tekak terima kalo xdak gula..
ReplyDeletekadang tu nak jugak ada sikit gula..
thanks for sharing this! ;) positifkan diri..bagus kan.
ReplyDeletenice tips nieyl...teh hijau mmg akak suke nieyl...akak mmg beli sekotak buat minum pagi2..... tapi kene boh gula sikit la hahahaahaha
ReplyDeletepagi yang indah..
ReplyDeleteselalu bukak blog nieyl ni baca jer, tak sempat nak tinggalkan komen. hehe.. sorry nieyl
ReplyDeleteSekarang ni suka minum air suam + lemon + madu.. ;)
ReplyDeleteAwalan salam pembuka kalam
ReplyDeletesalam dihulur bersama teman
Salam :) rimba,benua dan dunia dan Salam :) kembali ke sekolah
#Ingat #SJT-#Singgah #Jengah dan #Terjah http://selatmerah.wordpress.com
#raikanselatmerah
#riuhkanselatmerah
#gempitakanselatmerah
Lemon suam tu sedap nyer...
ReplyDelete