17 December, 2015

Bawang Putih

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Siapa suka makan bawang putih?
Bawang putih ni nampak je kecil..
khasiat bawang putih ni banyak untuk kecantikan..
Kalau nak jimat,tak nak beli vitamin..boleh makan bawang putih :)

Kecantikkan rambut
kalau lah tahu bawang putih boleh membuat rambut lebih subur daripada sebelumnya yang mungkin kering dan kusam. Bawang putih mempunyai ‘allicin’ (anti bacteria dan anti kulat) yang boleh menyuburkan rambut dengan caranya ialah menghiris sedikit bawang putih dan gosokkan di kepala atau campurkan bawang putih dengan minyak dan sapukan pada rambut.


Jerawat
Kita mungkin tidak dapat melihat bawang putih sebagai khasiat utama dalam antibiotik di farmasi tetapi bawang putih mempunyai antioksida yang dapat merawat jerawat dengan cara hiriskan sedikit bawang putih dan sapukan pada jerawat.


Mencantikkan kuku
Jika kita  menginginkan kecantikan kuku yang alami tanpa menggunakan asid, kita boleh menggunakan bawang putih sebagai penawar untuk kuku. Caranya mudah sahaja iaitu dengan mengambil hirisan bawang yang berair itu dan gosokkan pada setiap kuku. Secara alaminya kuku anda lebih akan menjadi lebih sihat.

Selalunya kalau nieyl laa..
rasa nak tumbuh ketumbit tu..
siap² potong hujung bawang putih tu..
selet (sapu) kat tempat nak tumbuh ketumbit tu...hihi..

Kalau ada apa² info bawang putih nie..meh la share... :)

Extra Info Untuk kesihatan..

-LOVE nieyl-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

4 comments:

  1. Bawang putih kalau dalam sup sedap la.. =P

    ReplyDelete
  2. Yg pasti makanan dan hidangan org kita tak lari dari bawang putih
    Sebagai pelangkap masakan. Aroma dia pun kuat sikit berbanding bawang merah

    ReplyDelete
  3. ooo..bleh lebatkan rambut ye..br tauu

    ReplyDelete
  4. Slalunya lya buat sambal bwg putih

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)