04 December, 2015

Jom Check Tahap Kolekstrol kita

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Sebenarnya niat di hati mencari info tentang bintik² kecik yang timbul kat area bawah mata..
pada asalnya ingat jerawat tau...yela..budak² remaja kan...
Kalau ada jaga-jaga, kemungkinan besar tahap kolesterol anda tinggi. 

Ini bahaya untuk kesihatan sebab kolesterol tinggi ini dikaitkan 
dengan penyakit jantung dan serangan strok.
 Sekarang dua penyakit ini sudah dihidapi ramai golongan muda, 
dalam lingkungan usia 30-an pun sudah ada yang mengalaminya. 

 Ada lagi 6 tanda² kolestrol kita tinggi...


1. Kaki sering berasa kebas - ia terjadi kerana darah bergumpal menyebabkan alirannya ke bahagian kaki tidak lancar.

2. Mudah letih dan cepat mengantuk - peningkatan kolesterol menyempitkan pembuluh darah dan mungkin juga menutupnya. Ini menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak terhalang membuatkan kita cepat mengantuk.

 3. Senak dada sebelah kiri - ini tanda pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat akibat kadar kolesterol terlampau tinggi. Bahaya ni!

 4. Sering sakit kepala, rasa berat dan tegang di belakang leher - arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.

 5. Kaki membengkak - ini kerana pembuluh darah yang semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.

6. Timbul bintik-bintik putih (biji lemak) - ia hadir pada bahagian bawah mata, kawasan wajah atau leher yang berpunca dari kadar trigliserida yang tinggi.

 7. Tanda kuning muda - pada tengah atau hujung kelopak mata - merupakan mendapan kolesterol, ada juga yang mengalami benjolan pada padat siku, tumit atau lutut.


-LOVE nieyl-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

3 comments:

  1. Wah... risau nyaa.. umur cikla pun dah 30 series... kena sentiasa berjaga jaga... btw, goid sharing dear...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)