Showing posts with label Belanja Ikut Kemampuan. Show all posts
Showing posts with label Belanja Ikut Kemampuan. Show all posts

01 December, 2015

Belanja Ikut Kemampuan

by on December 01, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Dalam hal perbelanjaan, kia dan pasangan perlu memainkan peranan penting dengan mewujudkan kerjasama dan sefahaman agar bajet perkahwinan tidak melebihi kemampuan. Oleh itu, pastikan kita tahu bagaimana untuk mewujudkan bajet perkahwinan secara bijak.


Perbincangan Bersama 
Hanya kita dan pasangan sahaja yang mengetahui tahap kemampuan kewangan masing-masing. Justeru, berbincanglah dengan pasangan mengenai perjalanan majlis seperti menetapkan lokasi, tema, pakaian, jemputan, makanan dan sebagainya. Pastikan setiap keputusan dipersetujui bersama.

Tema 
Klasik, romantis, kontemporari, moden atau dalam taman. Jika memilih tema dalam taman, cuba kurangkan bajet dengan menggunakan persekitaran sedia ada seperti di kebun atau halaman rumah. 

Jemputan 
Senaraikan jumlah dan siapa tetamu yang akan dijemput. Jika jemputan agak terbatas, utamakan keluarga, jiran dan sahabat. 

 Pakaian 
Pastikan pakaian sesuai dengan lokasi dan selesa untuk digayakan sepanjang hari. Jika tidak mampu untuk membeli, lebih baik menyewa sahaja. 

Makanan 
Bincang bersama keluarga sama ada memilih katering atau bergotong-royong untuk memasak. Jika memilih katering minta saranan rakan yang pernah menggunakan khidmat katering bagi mengenal pasti katering yang tepat. 

 Agihan Perbelanjaan
 Dalam merancang bajet perkahwinan, anda tidak boleh bergantung kepada satu pihak sahaja. Sebaliknya, berikan agihan perbelanjaan dengan menyenaraikan siapa yang perlu mengeluarkan bajet bagi sesuatu perkara. Senaraikan setiap barangan yang diperlukan seperti barangan hantaran, fotografi, cenderahati, kad jemputan, bunga telur dan sebagainya.

 Tetapkan Bajet
 Bagi Setiap Perbelanjaan Bagi mengelakkan anda berbelanja secara berlebihan, tetapkan dan catatkan bajet bagi setiap perbelanjaan anda. Misalnya, barangan hantaran (RM2,000) bagi setiap seorang dan pertunangan (RM1,600), katerer (RM12,000), pakaian, pelamin dan fotografi (RM4,000), cenderahati dan bunga telur (RM1,500) dan lain-lain (RM2,000). Apabila bajet telah ditetapkan, pastikan barangan dan perkhidmatan yang dipilih tidak melebihi bajet tersebut. 

 Dapatkan Sebut Harga 
Jangan terlau tergesa-gesa dalam memilih pihak pengurusan perkahwinan. Kunjungi beberapa butik perkahwinan bagi memilih pakej yang bersesuaian dengan bajet anda. Dapatkan sebut harga daripada pembekal misalnya, kedai bunga, kedai gambar, butik pengantin, katerer, kedai cetakan, kad kahwin dan sebagainya. 

 Beli Secara Berperingkat 
Jika anda telah memilih tarikh perkahwinan, rancanglah perbelanjaan dari awal. Misalnya, enam bulan sebelum majlis adalah masa terbaik untuk anda membuat pembelian secara berperingkat. Pada bulan pertama misalnya, anda sudah boleh mengeluarkan bajet untuk membeli cederahati. Pada bulan berikutnya, keluarkan bajet untuk membeli hantaran pula. Dengan perbelanjaan secara berperingkat ini, ia akan memudahkan anda merancang dan kurang merasai bebanan kewangan.



-LOVE nieyl-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png