19 September, 2016

Ayah Kami

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Ayah Kami | 16 September jam 3 pagi kami satu family dikejutkan dengan berita ayah sesak nafas dan dikejarkan ke hospital kecemasan. Sebelum ini mak ada bagitahu ayah dah 2x sesak nafas, kami suruh pergi check jumpa doktor. Ayah taknak degil, kali ke-3 sesak nafas mungkin ayah dah takboleh nak tahan,dia paksa rela kami hantar dia ke hospital. 

Doktor sahkan ayah kena serangan semi jantung. Dan ayah di tempatkan di unit CCU sehingga sekarang, Alhamdulillah keadaan ayah dah stabil semalam,nampak dia dah boleh bercakap seperti biasa cuma doktor tak bagi ayah turun dari katil untuk beberapa hari. Doktor suruh ayah berehat sepenuhnya. 

Pagi ini ayah kena jalani ujian angiorgram untuk doktor lihat dengan lebih jelas lagi tahap blocking di di saluran ke jantung ayah. Semoga ayah tabah dan sabar untuk hadapi ujian ini.. Doakan ayah nieyl kembali sihat ya..Amin...
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

11 comments:

  1. Entahlah Nieyl.. belum baca lagi kakak tengok gambar pun hati kakak dah dipagut rasa sayu
    Mudah aje airmata kakak mengalir teringat almarhum bapak kakak

    Moga ayah Nieyl terus sembuh dan sihat seperti sediakala. Teruskan berdoa dik..

    ReplyDelete
  2. Semoga ayah Nieyl cepat sembuh. Doa banyak2 ye.. Allah ada :)

    ReplyDelete
  3. Syafakallah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman.. Semoga ayah awak sembuh dari segala penyakit..

    ReplyDelete
  4. Wkmsalam.
    Semoga diberikan kesembuhan
    Bertabahlah.

    ReplyDelete
  5. W'salam Nieyl..
    Sedih baca post Nieyl..
    Didoakan semoga ayah Nieyl sihat seperti sediakala..

    ReplyDelete
  6. Semoga ayah nieyl cepat sembuh dan sihat seperti sediakala..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)