Menu Ramadhan Day 1 | Wah..start semalam nieyl dah nampak ramai kawan-kawan di media sosial khususnya post menu-menu sahur dan berbuka puasa. Tak kurang juga yang share-share resepi untuk menu berbuka puasa. Setiap petang sebelum balik rumah, otak ligat fikir menu untuk berbuka puasa kan. Nieyl Alhamdulillah, dah siap listkan menu untuk seminggu sebagai panduan. Guna barang basah yang ada dalam freezer sahaja. Tak adalah membazir nak beli -beli kan..
Untuk tahun 2019 ni nieyl dengan husband nak try untuk sahur tidak makan nasi berlauk sebenarnya cumanya tak tahu la jadi ke tidak, untuk setakat 2 hari ni Alhamdulillah masih berjaya.Tapi tak tahu la bila tiada idea dah kan nanti..nasi juga di cari.
Sebelum nieyl makan Wrap ni, nieyl akan bancuh oat 3 sudu bersama susu ataupun milo untuk singkirkan lemak-lemak yang ada dalam badan ni..Kemudian baru nieyl akan makan Wrap yang nieyl buat ni. Inti dalam Wrap ni simple je nieyl letak.. Ayam goreng tepung, salad, telur hancur (omelet) dan sos. Alhamdulillah kenyang sampai petang.
Untuk membekalkan nieyl tenaga yang berpanjangan sepanjang hari berpuasa adalah susu kurma dutch lady. Ok yang ni ramadhan edition, so memang susah sikit nak dapatkan stok sebab dia baru lagi dipasaran. Banyak kedai yang sold out, selain dari itu nieyl akan minum air masak 2 gelas sebelum azan subuh.
Setiap tahun selepas arwah ayah mertua nieyl meninggal, MIL nieyl akan berbuka sekali dengan nieyl dan husband. Untuk tahun ni dimulakan dengan berbuka puasa di rumah MIL, nieyl masak menu yang simple sahaja, iaitu udang masak lemak cili api + kacang panjang, telur masin wajib sebab husband memang request, ikan sardin goreng dan sayur Tau Miu (Taugeh Hijau).
Ha..itulah menu nieyl untuk ramadhan hari pertama puasa. Mana la tahu kot-kot boleh kasi idea dekat korang nak masak apa untu berbuka hari ini..
mak aiii sedapnya niyl masak tu ha..lapar la pulak hihi
ReplyDeletealhamdullilah
ReplyDeletetauge hijau tu goreng macam biasa je Nieyl?
ReplyDeletemenu berbuka tu memang nampak sedAP NAU
Lauk sedapnyaaaa. Saya menu berbuka tahun ni simple2 je in shaa Allah. Saya sorang je makan nasi. Suami saya menu diet. Berbuka dgn lauk je. Lauk tanpa minyak. Macam semalam telur rebus je masa berbuka. Lepas terawih ayam panggang. Hehe
ReplyDeleteSaya follow sini!♡
[Jemput blogwalking blog saya] :)
telur masin tu pembuka selera bulan puasa ni
ReplyDeleteSedapnya lauk Nieyl masak paling best telur asin tuh. Memang buka selera
ReplyDeleteKemain meriah lauk pauk dia. Kak ana 1 lauk je sebab berdua je kan. Tu pun kenyang teruk dah. Haha
ReplyDeletewahhhh.. sedap :)
ReplyDeleteTa'jil dimesjid itu menu berbuka puasa pertama..
ReplyDeletehttp://bit.ly/2D5YTej
Sha pula terbalik.. Pagi mesti sahur nasi.. Berbuka selalunya makan kuih muih.. sesekali tak jumpa kuih best, makanlah nasi juga.. hehehe
ReplyDelete