17 May, 2019

Terbang Ke Osaka Bersama Traveloka


Terbang Ke Osaka Bersama Traveloka | Siapa dah sampai Osaka,Jepun?Nieyl tak pernah pergi lagi ke sana tapi kawan-kawan ada yang dah pernah sampai dekat sana. Bila dengar story dieorang ni buat kita rasa teruja nak pergi juga. Nampaknya kena menabung dari sekarang la.. Sebelum nak tunggu nieyl pergi Osaka entah bila tu, meh nieyl share apa yang menarik di Osaka untuk rujukanan korang yang nak holiday ke sana. Lagipun cuti sekolah dah semakin hampir..


Osaka adalah salah satu bandar utama di Jepun yang terletak di rantau Kansai. Dengan penduduk lebih 19 juta, Osaka adalah kawasan metropolitan kedua terbesar di Jepun dan antara bandar-bandar terbesar di dunia. Bandar ini adalah kira-kira 223 kilometer persegi dan metropolitan adalah antara bandar paling dikunjungi oleh pelancong dari seluruh dunia kerana ia terkenal dengan seni bina modennya, menghiburkan kehidupan malam serta pelbagai makanan jalanan serta dikelilingi oleh sejarah berabad lamanya monumen dan landmark yang masih berdiri sehingga hari ini.


Kalau korangberkeinginan untuk bercuti ke bandaraya Osaka ini, terdapat beberapa sebab untuk korang book tiket flights to Osaka sekarang juga. Musim bunga yang sedang mekar di Jepun juga merupakan salah satu sebab utama anda harus melawat bandar ini. Pengangkutan awamnya yang meliputi seluruh bandaraya ini juga akan memudahkan korang untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain. korang dinasihatkan untuk menggunakan jaringan pengangkutan tren metro subway kerana pengangkutan jenis ini adalah yang paling murah serta cepat untuk tiba ke destinasi yang korang ingini.


Osaka pula terkenal dengan bunraku iaitu sejenis teater patung tradisional, teater kabuki dan manzai merupakan komedi informal yang lebih kontemporari dan juga menjadi tarikan para pelancong yang berkunjung ke Osaka. Jika anda ke Osaka, anda juga dinasihatkan untuk berkunjung ke Istana Osaka yang merupakan kediaman rasmi kerabat Diraja Jepun yang masih digunakan sehingga hari ini. Istana ini dibina pada tahun 1583 dan dahulunya merupakan kuil Ishiyama Honganji yang kemudiannya diruntuhkan oleh Oda Nobunaga Hideyoshi yang menginginkan tempat ini dijadikan sebagai pusat kerajaan Jepun baharu yang telah disatukan oleh pemerintahan Toyotomi. Kemudiannya, istana ini menjadi istana terbesar di Jepun pada waktu itu. Selain itu, korang disarankan untuk berkunjung ke daerah Shinsekai iaitu satu daerah di Osaka yang wujud sebelum Perang Dunia yang pertama dan masih memegang elemen sejarah sehingga ke hari ini. Daerah ini yang masih kaya dengan arkitekturnya yang vintaj serta bersejarah pasti akan menarik perhatian serta pemandangan korang yang berkunjung. Menariknya tentang daerah ini adalah dibahagian utara, terletaknya suatu kawasan pembangunan yang pesat yang merupai Kota Paris dan dibahagian selatan pula menyerupai Pulau Coney di New York. Tsuntenkaku Tower yang berdiri ditengah-tengah daerah ini dibina pada 1912 untuk menyerupai Eiffel Tower di Paris.


Sebelum korang pergi ke Osaka, disarankan untuk anda melakukan price alert di aplikasi mobil korang supaya korang  tidak terlepas untuk book Cathay Pacific Malaysia flights dengan harga runtuh yang dilakukan oleh Cathay Pacific ataupun penginapan korang disana. Booking awal juga boleh dilakukan melalui website seperti Traveloka untuk menyewa bilik hotel dengan harga yang murah serta berpatutan. Disarankan juga untuk korang set up Maybank online untuk memudahkan urusan perbankan korang disana nanti. Macam mana?tertarik tak untuk melawat OSAKA?segalanya menjadi mudah dengan Traveloka.


2 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)