10 February, 2024

Gel Mandian Madu Bidara D'herbs

Gel Mandian Madu Bidara D'herbs | Dari hari tu lagi nieyl nak share. Ingat tak lagi kes yang nieyl kena alergik seafood yang teruk tu. Lepas 2x ambil injection baru hilang tapi lepas tu 2 malam dia naik gatal-gatal tapi waktu malam sahaja, bila pukul8 pagi segala gatal-gatal semua hilang. Nieyl peliklah kenapa malam je kan, lepas tu adik-adik ipar nieyl ada lah suruh cuba berubat ke ataupun cuba sabun bidara. 

Lepas tu nieyl pun searchlah dekat shopee nampaklah D'herb punya produk dan terus beli. Dua hari kemudian sampai, nieyl terus mandi guna gel ni. Korang nak tahu tak, serius gel mandian ni sangat best dan bila pakai tu kan rasa macam kita dekat SPA dengan bau haruman bunga rose dia, memang bila stress mandi dengan gel ni boleh hilang stress. Bukan je wangi tau , bila kita sabun badan cuba hiasan dalam 2 minit dan baru bilas bersih, nanti akan rasa badan kulit kita ni sejuk je sebab dia berangin..

Pada asalnya pakai sebab takut-takut terkena benda-benda halus tapi Alhamdulillah lepas guna badan rasa ringan je dan sampai hari ini nieyl masih lagi gunakan gel mandian ni sebab tak boleh nak move on dengan bau dan betul-betul boleh bantu release stress. Selain tu , kalau ada daki-daki yang payah sangat nak hilang tu, dia boleh bantu hilangkan daki-daki yang degil tu dan buat kulit kita halus dan lembut. 

Yang mana ada kulit jerawat badan , ekzema boleh juga. Percayalah sekali cuba memang rasa nak terus guna macam nieyl. Harga dia pun tak mahal, kalau ada offer harga tak sampai rm20. Ini pun nieyl dah plan nak beli lagi ni buat stok , husband nieyl pun cakap lepas keluar bilik air, dia masuk bilik air tu wangi je. hehehe..itu bilik air, belum bini dia hahahaha...

Ok sekian, sharing nieyl untuk korang di hari minggu...

3 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)