08 February, 2024

Nasi Goreng Butter Simple

Nasi Goreng Butter Simple | Bila duduk berdua ni masih tak berapa pandai nak bajet masak nasi selalu ada je nasi lebih. Nak buang sayang, sebab elok je lagi , jadi tengah hari nieyl tak masak nieyl buat nasi goreng je untuk makan dengan sup tulang dan telur dadar.  Selalu kalau nasi goreng nieyl suka masak nasi goreng kampung ataupun nasi goreng cili api. 

Tapi semalam nieyl nak masak ala-ala masakan nasi goreng mantan Permaisauri Agong ke-16. Sebab nieyl memang suka tengok video masakan dia. Nieyl masak nasi goreng butter campur dengan lebihan ayam goreng , kalau permaisuri dia suka letak isi ikan. Jadi nieyl ada ayam, kita masukkan je..Lagipun resepi dia simple dan cepat je masak..Bawah ni resepi nieyl sendiri , sebab nieyl suka makan pedas jadi lebih cili nya

Bahan-Bahan

Nasi putih
Butter
Telur 
Bawang Putih
Bawang Holland
Cili api kisah
Isi ayam goreng
Garam

Cara Memasak
  1. Cairkan butter , tumis bawang putih, cili api, bawang holland
  2. Masukkan telur, kacau hancur
  3. Masukkan nasi dan isi ayam goreng yang dah di siat-siat
  4. Kacau, tambah garam secukup rasa, siap!

*Kalau Permaisuri dia suka letak cili api potong , macam nieyl suka masak siap-siap masa tumis.



 

7 comments:

  1. Sedap ni... PH pernah juga try nasi goreng Tunku Azizah yg letak ikan tu...

    ReplyDelete
  2. kadang tu nasi goreng laku pulak dari nasi putih berlauk...

    ReplyDelete
  3. Aroma butter tu yang buat tak sabar nak makan nasi gorengya1

    ReplyDelete
  4. Sedap dah tu. Nampak helok kejadiannya.

    ReplyDelete
  5. akak pun biasa masak macam ni...sedap...biasa cili api akak potong- potong dan gaul sekali...berdesing kunyah..

    ReplyDelete
  6. Sedap ni . Sekali sekala kita kena kreatif juga dalam masakan ni . Baru ada kelainan . Yg penting sedap

    ReplyDelete
  7. ni menu yg paling simple, sedap & cepat..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)