Love My Self | Setiap malam sebelum masuk tidur, nieyl akan duduk mengadap laptop sambil menaip entry. Kadang-kadang idea untuk menulis ni tak sentiasa ada, kadang-kadang bila duduk sorang-sorang sambil dengan music yang relax ni kan boleh buat hati kita tenang dan boleh meluahkan segalanya dalam bentuk penulisan.
Dalam hidup ini setiap hari kita nak jadi yang terbaik. Mulut ni selalu je cakap nak buat yang terbaik tetapi hakikatnya hanya tinggal sekadar kata-kata tanpa perbuatan. Keesokkan harinya sama juga kita akan cakap kita nak buat itu buat ini, tetapi hakikatnya kita tak buat apa pun yang kita cakap tu tapi kita buat benda yang kita tak cakap..
Contohnya bila tiba hari keinsafan, kita rasa bersungguh-sungguh, tiba esoknya...kesungguhan semalam tu dah tinggal dah, dah lupa dah.. Macam nieyl la dah tahu ni keturuan ada jantung dan kencing manis, takut ni kalau ada dua-dua penyakit ni, rasa insaf tapi makan tak jaga juga..Bila dah makan baru terfikir akibatnya. Manusia yang lemah memang selalu macam ni kan.
Nieyl selalu cakap dengan diri nieyl, love my self..sebab kalau tidak diri kita yang sayang siapa lagi yang nak sayang. Betul tak?sayang diri ni bukan sahaja luaran tetapi dalaman juga. Kena jaga hati, jaga perangai , jaga sikap dan jaga hubungan dengan Allah dan manusia.
Love your self..
harus..love ur selft!!!
ReplyDelete