Jual Minyak Masak Terpakai | Selalunya korang kalau minyak masak yang dah guna tu korang buang ke atau korang jual macam nieyl ni?nieyl pun sebelum ni buang je minyak-minyak tak pakai ni, tapi bila tahu yang boleh jual semula minyak terpakai ni dekat Alam Flora ataupun tempat kitar semula tu, nieyl dah start simpan dah minyak-minyak yang dah guna. Cuma dekat tempat nieyl ni ada beberapa lori-lori yang masuk untuk ambil barang-barang kitar semula, kita kena pandai sebab harga dieorang ni tak sama. Ada yang ambil terlalu murah dan ada yang ambil dengan harga yang berpatutan.
Hari jumaat lepas ada lori yang masuk untuk ambil minyak-minyak terpakai ni, jadi nieyl dengan kakak nieyl keluarkanlah..Yang tong besar-besar tu kakak nieyl punya sorang, banyakkan sebab dia buat biz jadi banyak pakai minyak. Dan yang 5 botol tu dari rumah nieyl. Lama juga nieyl simpan tu rasanya adalah dalam 2 bulan ke 3 bulan juga.
Bila lori sampai, rasa macam nak lompat bintang hahaha..sebab tak sabar nak tahu berapa hasil jualan yang akan dapat. Dekat lori yang nieyl jual ni kan dia ambil sekilo minyak RM2.80, korang rasa untung tak? sebab kalau kita beli minyak paket tu pun sekilo baru RM2.50 kan. Ha..memang berbaloilah dengan harga yang di bagi tu. Alhamdulillah..
Hasil jualan kakak nieyl punya sahaja RM358.40 (128kg) , dan nieyl punya RM70 (25kg) . Alhamdulillah banyak juga tu kan, jadi hasil tu boleh masuk tabung minyak. Sekarang ni pun minyak paket payah sangat nak dapatkan, untuk orang yang berniaga ni memang mencabar betul, dugaan nak cari minyak. Even nieyl sendiri pun setiap kali pergi kedai mesti tanya minyak, dapat satu paket pun jadi la sehari. Kalau nak guna minyak botol tu , sakit rasanya..tapi kadang-kadang kalau dah tak ada tu kan pejam mata jela beli kan.
So, kalau korang rajin simpanlah minyak masak yang terpakai tu sikit sebanyak boleh rolling duit minyak masak nanti kan dan boleh jaga alam sekitar juga..
Pak Zain pun kumpul...3 bulan sekali adik ipar jualkan..tapi duit tu Pak Zain bagi kat anak- anak adik akak..si Opick and Tiya buat beli jajan
ReplyDeleteLinda pun ada kumpul jugak...tp tak pernah lagi jual...hihihi...dekat rumah Melaka ad 2 tong besar...dekat Selayang nie baru ad separuh tong besar..jarang menggoreng kat sini...
ReplyDeletewah, byk juga kan dapat.. ldy x pernah jual minyak.. minyak yg x digunakan ldy siram pokok..
ReplyDeleteBiasanya buang aje
ReplyDeletebagus juga kalau ada yang membelinya
waaa berbaloi lah kan jual tu...mahal gk die amik da mcm mnyk baru.eqin xpernah plk jual mnyk terpakai
ReplyDeletebagus nya siap ada lori dtg lagi.. kak ayu kumpul but buang jer.... sbb x de la byk mana pun... Ibu & adik kak ayu kumpul & jual...
ReplyDeleteammi jarang buang minyak sebab kalau minyak goreng ikan atau ayam akan letak dalam bekas lain pastu guna sikit2 untuk goreng sayur, atau tumis2.
ReplyDeleteDi sinipun dah banyaaaak yg beli minyak2 bekas ini kak. Biasanya nanti mereka ubah jadi sabun,lilin, atau pembersih serbaguna. Juga ada dibuat utk campuran bio diesel sebagai bahan bakar.
ReplyDeleteMemang dah waktunya kita menjaga alam kan. Dah paraah sangat kerusakannya..
minyak masak terpakai kalau simpan boleh rolling duit ni , dah tahu lama perkara ni tapi tula bila nak mula menyimpan pun tak tahu lah
ReplyDelete