Girl's Day Out Awal 2024 | Kisahnya dah lama sebenarnya plan nak keluar sama-sama seharian dari Pagi sampai ke Malam. Kitaorang bincang dalam group je, sebab Syida dia kerja, nieyl dekat rumah dan afika pula sekejap dekat cyberjaya sekejap dekat JB. Nak jumpa memang susah sikit, so selalunya akan cari masa juga untuk jumpa untuk luangkan masa bersama-sama walaupun sekejap.
Untuk Girl's Day Out ni sepenuhnya memang nieyl yang pilih aktiviti dari pagi sampai ke malam. Dieorang berdua ni ikut je hahaha. Benda perkara pertama yang kita confirmkan adalah tarikh nak keluar tu. Kitaorang pilih untuk keluar pada weekdays dan bukan weekends sebab weekends ni mana-mana tempat pun mesti penuh dengan orang lagi-lagi sekarang ni cuti sekolah lagi. Kitaorang decide 20 Feb 2024, dan syida pula ambil cuti sehari, nasib baik dia tak ada meeting tarikh tu, jadi bolehlah keluar dengan aman.
Yang kedua, decide nak guna kereta siapa?kita pilih kereta comel myvi syida. Dan ketiga, kita pilih konsep Girl's Day Out Bajet, kita akan cuba minimumkan perbelanjaan. Mesti korang pun tak sabarkan nak tahu apa aktiviti nieyl buat seharian dengan dieorang. Sabar-sabar ya, nieyl akan share dekat next entry ya, stay tuned!
halah3x...seronoknya dpt girls day out nie
ReplyDeletesejak kawan baik ammi meninggal dah tak ada dah girls day out kami...mcm tak complete rasanya
ReplyDeletebila dah berumahtangga ni memang susah nak girls day , tapi kalau ada masa terluang ni why not curi-curi masa sikit kan ,
ReplyDeleteseronoknya
ReplyDelete