26 February, 2024

Repeat Lepak Petang di Calma Cafe


Repeat Lepak Petang di Calma Cafe | Macam tak ada cafe lain nieyl nak pergi kan asyik nak repeat cafe ni je hahaha, kalau kita repeat tempat yang sama maknanya apa?maknanya kedai tu makanan dia sedap dan harga berpatutan. Kalau makanan kedai tu murah tapi tak menepati citarasa korang, agak-agak korang akan repeat lagi tak?Mestilah tak kan, sekali jelah akan pergi. 

First time nieyl pergi cafe ni,nieyl try spaghetti dia. Dan untuk kali ke-2 ni nieyl order lempeng bersama sambal tumis. Untuk lempeng dia sedap cuma sambal tumis dia terlalu pedas maybe boleh kurangkan sikit pedas sebab kadang-kadang ada orang yang tak tahan nak makan pedas.

Menu kedua yang nieyl try adalah Mac & Cheese. Untuk menu ni nieyl pun suka sebab dia tak terlalu pekat dan kita makan pun tak adalah rasa terlalu muak. Kalau masa terlalu pekat dan terlebih cheese pun boleh buat kita rasa muak dan tak boleh nak makan benda lain. 
Menu ke-3 adalah waffle chocolate. Dia ada pilihan nak letak topping chocolate, honey, ice cream tapi nieyl pilih chocolate je, nieyl suka la waffle dia sebab walaupun paling akhir nieyl makan waffle dia still rangup dan sedap. Ha..nampak, nieyl repeat bukan nieyl pilih menu yang sama, nieyl pilih menu yang nieyl tak pernah makan lagi hahahaha...cuma ada satu je lagi yang tak sempat nak rasa SOTO dia sebab selalu cepat sold out...Hopefully ada rezeki nanti nak rasa SOTO dia tu.

8 comments:

  1. Menu dia mix la ye, ada Western ada lokal ... Senang gitu 👍
    Satu lagi kalau tmpt tu selesa PH mmg akan repeat.

    ReplyDelete
  2. Waffle memang nampak rangup. Memang akan repeat kalau tempat makan sedap, berbaloi

    ReplyDelete
  3. Kalau dh repeat sentiasa sedap la tu..

    ReplyDelete
  4. Wah ...lempeng sambal tumis..fav suami akak tu...

    ReplyDelete
  5. lempeng tu sedap.. kalau buat sdri buh gula atau stevia, xyah cicah2 dah.. yumm yumm yumm.. tp yg pasti dalamnye kami ltk kelapa muda..

    ReplyDelete
  6. Lempeng nih lah yg saya belum coba sampai sekarang. Even dulu saat duduk Kat Penang, tak pernah coba juga 🤣. Makanya masih penasaran sampai sekarang

    ReplyDelete
  7. Lempeng nih lah yg saya belum coba sampai sekarang. Even dulu saat duduk Kat Penang, tak pernah coba juga 🤣. Makanya masih penasaran sampai sekarang

    ReplyDelete
  8. jarang-jarang sekali cafe nak ada menu lempeng dengan sambal tu . menarik

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)