13 February, 2024

Cucur Udang Alor Gajah, Melaka

 

Cucur Udang Alor Gajah, Melaka | Kemarin nieyl pergi Melaka nak pick up mak nieyl dari rumah adik. On the nak balik tu husband nieyl ajak makan cucur udang dulu dekat Alor Gajah, sebab bulan depan kitaorang datang Melaka, kedai cucur udang ni tutup. Kemarin kiranya cuba nasib jela kalau buka, Alhamdulillah memang rezeki, buka kedainya.

Kitaorang tahu tempat ni pun sebelum ni abg ipar nieyl yang cakap situ cucur udangnya sedap. Itu yang husband nieyl nak pergi sangat rasanya tu. Masa nieyl sampai tu nasib baiklah ada satu meja yang kosong dekat dengan kedai cucur udang tu. Sebelum tu nak cakap kedai dia dekat Medan Selera Pasar Menggong orang Melaka tahu la kot tempat ni.

Dekat setengah jam nieyl duduk makan, orang memang tak berhenti beratur untuk beli cucur udang kakak ni. Yang bagusnya dia dah bungkus siap-siap untuk Rm6 dan Rm10 untuk yang nak take away. Tapi kalau nak makan dekat situ, dia akan buat dalam pinggan macam gambar first nieyl tunjuk tu. Kalau yang makan situ, korang boleh cakap nak makan berapa orang, macam nieyl tu husband beli untuk 3 orang makan. Nieyl ngan mak nieyl makan sikit je,sebab nieyl takut alergik, dah la tak bawa ubat time tu jadi makan sikit je untuk rasa-rasa, honestly kan sos dia tu yang sedap. 

Nieyl siap beli bungkus rm20 untuk bawa balik, untuk adik beradik buat minum petang boleh makan ramai-ramai. Tapi memang puas hati lah, sos dia sedap dan banyak bahan dia. Semoga perniagaan kakak ni terus maju dan kekal sedap.



7 comments:

  1. tp kan...linda suka cucur udang cicah sambal kacang...hihihi
    dah lama jugak tak kesana...lagi2 dah jarang dok melaka nie...

    ReplyDelete
  2. sedap sungguh cucur2 ni... simple tp sedap.. :D

    ReplyDelete
  3. kalau kat kedah cucur udang depa makan dengan kuah kacang..geng dengan tauhu dan bebola..satu set rm5

    ReplyDelete
  4. tau sangat..husband ammi masa zaman sekolah dulu memang kerja dengan pakcik ni. umur husband ammi pun dah 50 tahun...punyalah lama dia dah berniaga

    ReplyDelete
  5. Ya Allah dah lamaaa saya tak makan cucur udang 😍😍😄. Sukaaa ini. Dulu pertama kali coba saat di Penang. Itu pun sedap, tapi jangan tanya lagi tempatnya. Zaman saya kuliah di sana, dah tak ingat hahahahah. Nantilah nak coba juga cucur udang tempat lain, harap2 bisa balik Melaka juga.

    ReplyDelete
  6. sedapnya..lama dah x makan cucur udang alor gajah..padahal kan..Dania belajar kat Alor Gajah ni...

    ReplyDelete
  7. kalau area utara ni , cucur udang makan dengan kuah kacang

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)