14 February, 2024

Kek Tapak Kuda

 

Kek Tapak Kuda | Kalau dah hari-hari lalu dekat fyp nieyl payahlah kan, sebab orang yang cepat teracun tu adalah nieyl hahaha.. Tapi yang lalu fyp tu yang viral-viral punya la, tetiba femes pula kek tapak kuda Ustaz, tapi nieyl tak ada lah nak try yang ustaz tu punya sebabnya dengar pun macam payah je nak dapat lepas tu yang jenis pos-pos makan basah macam ni susah nak kata, risau beli kang sampai-sampai tak boleh nak makan seba  kurier pun kadang-kadang boleh peram barang berhari-hari, dah la makan beli kan jadinya nieyl tak adalah beli yang ustaz punya ke apa ke yang viral-viral punya.

Dah lama juga memendam perasaan nak rasa kek tapak kuda ni, apa yang sedap sangat sampai viral tu kan. Nak dijadikan cerita, satu hari tu terajin pula tengok status whatsapp kenalan-kenalan ni dan ternampaklah adik sepupu husband yang memang jual kek-kek, ternampak lah dia pos kek tapak kuda ni. Terus nieyl tanya harga dan terus order. Nieyl order Hazelnut Matcha Crunchy, sebabnya tengok ustaz tu punya perisa tu yang top, jadi kita pun try jela walaupun bukan ustaz punya..



Lepas sampai je kek tapak kuda ni memang excited nak buka dan potong tadi, tahan dulu nafsu makan tu sebab nieyl nak simpan dalam fridge dulu bagi sejuk, bagi coklat dia keras sikit. Petang -petang baru nieyl potong. Ha..macam dalam gambar atas ni nieyl dah keluarkan dari fridge, sedia untuk dipotong. 
Yang ni dah siap nieyl potong, besar dia tu dapat dalam 10 keping macam tu. Tak yah la potong nipis sangat nanti tak cukup rasa nak ngap. Nieyl potong dalam tebal 1 inci. Ha..baru puas makan, nieyl teruja sebab crunchy dia tu yumyum..Cuma kalau korang yang suka makan matcha, ataupun minum matcha je korang boleh cuba sebab kalau yang tak suka tu korang boleh pilih perisa lain, macam-macam jenis perisa ada. 

Review yang jujurnya untuk nieyl, rasanya kalau perisa matcha ni sesuai untuk mereka yang suka bau dan rasa matcha tu, dia ada pahit-pahit matcha dan yang buat dia sedap tu crunchy dia dan kek dia tak berapa manis dan sesuai untuk yang tak suka manis sangat. Kek dia tu macam kek gulung biasa kita makan tu je. Jadi, kalau repeat pun nieyl amek perisa lain la kot, matcha tak dah kot hehehe..

Korang dah cuba ke?








8 comments:

  1. kek tu rasa crunchy ke?eh, blur plak..hahaha...nk try beli, tp tgok pun mcm manis...

    ReplyDelete
  2. dulu pernah try juga kek tapak kuda ni. tapi bila viral yang matcha ni tak rasa pula nak membeli..

    ReplyDelete
  3. kak ayu rasa dah..suka yg choc la of coz but manis sgt..so makan skt2 boleh la

    ReplyDelete
  4. Dah saya masukkan list. Nanti kalo ke Malaysia lagi, nak coba. ☺️. Being honest saya tak terlalu suka cake manis. Tapi terkadang kalo ada yg viral, pengen juga, sekedar tahu rasa 😄👍

    ReplyDelete
  5. Akak blom beli2 lagi..crombolini ke kek tapak kaki kuda ke...memang x beli2 lagi..sebab akak kan cut sugar

    ReplyDelete
  6. teringin nak rasa kek tapak kuda matcha ni , tapi takut tak kena selera tekak

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)