08 February, 2024

Dapat Gift Sebulan Jadi Fully Housewife

 

Dapat Gift Sebulan Jadi Fully Housewife | Semalam tengah duduk berehat sambil makan nasi, husband nieyl call dia suruh nieyl siap-siap kejap lagi dia balik nak ajak teman pergi Puchong bayar gaji pekerja 2 orang dekat sana. Jadi, biasalah orang perempuan terutamanya nieyl la takkan keluar rumah kalau tak bersiap betul-betul hahaha, nieyl memang ambil masa at least 30 atau 45 minit untuk bersiap termasuklah make up. Sudahnya bila husband nieyl sampai rumah, nieyl baru siap make up tinggal nak pakai tudung je, jadinya dia kenalah tunggu dalam kereta. 

Lepas selesai urusan pembayaran gaji pekerja dekat Puchong tu, dia cakap nak pergi beli kasut dia nak pergi IOI Putrajaya. Jadi pergilah kitaorang ni IOI masalahnya nieyl pun tak tahu Decathlon IOI dekat Wings mana hahaha, husband pula ikut suka dia je parking dekat mana-mana. So, adalah kena jalan sikit tapi kan nasib baiklah dia parking situ, rupanya kan Decathlon tu betul-betul dekat dengan parking yang husband nieyl park tu, memang ada luck la hahaha, tak yah nak berjalan jauh sangat. Sebab IOI Putrajaya ni besar sangat memang penat kalau nak jalan seluruh Mall ni. 

Dah sampai Decathlon tu husband suruh pilih kasut yang nieyl suka, actually kalau dekat sini nieyl suka beli kasut running dia, hari tu nieyl beli juga kasut running dekat Decathlon Puchong, so kali ni beli dekat IOI Putrajaya juga. Masa pilih-pilih tu nieyl berkenan dengan kasut warna rose gold tu tapi sayang tinggal size kecil je. Jadi nieyl pilih warna seakan-akan pink juga. 

Cantik tak?

Nieyl tengah mencari semangat baru untuk start semula exercise ni dan run balik ni sebab sejak tak kerja ni kan berat nieyl dah turun 2kg ni..Kalau boleh, biarlah terus menurun dan turun sampai BMI yang ideal hehe..

6 comments:

  1. Cantik kasut tu .lepas ni lagi semangat nk exercise

    ReplyDelete
  2. wah...bagusnya nieyl berat boleh turun...jeles kita taw...

    ReplyDelete
  3. cantik warna tu. rezeki dapat hadiah jadi housewife ye. semoga semangat la nak excercise tu kasut baru. hihihh

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dapat reward ... Insyallah moga hajat tercapai :D

    ReplyDelete
  5. Akak pun suka beli kasut running kat sini..akak ada kaler pink, dan hitam merah untuk hiking...ntah bila la nak pi lari2 lagi ni

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah best nya dpt hadiah....rasa dihargai gitu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)