Jom Support Local Brand Richman Coffee | Siapa yang selalu follow entry nieyl sebelum-sebelum ni mesti tahu yang nieyl salah seorang peminat coffee, cuma nieyl bukan peminat yang tegar yang tak boleh hidup seharian tanpa coffee, not me ya. Nieyl masih boleh control pengambilan coffee dalam rutin nieyl. Dan siapa yang ada follow Instagram nieyl, mungkin dah pernah ternampak nieyl share dan review tentang the local brand Richman Coffee.
So, nieyl nak share pula dekat blog sebab nieyl ada terima beberapa komen yang memang peminat coffee, jadi kita boleh high five dari jauh , kita geng! Actually, local brand ni baru je launch last week dekat Instagram dan TikTok Richman Coffee. Tapi sebelum tu nieyl nak tunjuk korang siapa founder Richman Coffee ni nieyl tak sure korang kenal ataupun pernah baca tentang this person dekat majalah ke media sosial ke. Founder Richman Coffee ialah Natasha Ozeir, dia seorang usahawan dan nieyl follow dia sebab dia selalu share tentang fesyen dan juga pemandangan negara orang. Ala, kalau korang rajin search je nama dia dekat pakcik google ni, banyaklah keluar tu kang.
Berbalik pasal coffee, masa launch tu nieyl beli terus bundle 6 cup dengan harga RM34.80 tapi ada je pilihan boleh beli 1 cup sahaja dengan harga RM5.80. Sebab kadang-kadang ada orang dia nak rasa dulu, kalau sedap baru beli lagi tapi nieyl ni memang tak boleh nak beli sikit sebab nieyl yakin coffee ni sedap dan takkan rugi untuk nieyl beli terus bundle.
Ok dalam setiap cup tu akan dapat 1 sachet coffee, 2 sachet gula dan stirrer stick. First time nieyl bancuh cup yang pertama, bau aroma arabic coffee dia tu memang boleh buat mood kita yang serabut tu hilang, bau dia sedap sangat. Untuk gula tu korang boleh control sendiri, ada orang dia tak letak gula pun coffee tu dah sedap tapi kalau yang suka manis bolehlah letak 1 sachet ataupun 2 , ikut pada diri masing-masing.
Review jujur nieyl kan, nieyl boleh approve Richman Coffee ni sebab dia menepati rasa coffee yang sedap, setanding dengan brand yang lain. Senang cerita, coffee orang kaya lah tapi harga mampu milik. Dan apa yang best lagi coffee ni boleh bawa ke mana-mana, masukkan jela dalam handbag tu, dia tak pakai ruang yang banyak pun. Nak bancuh bila-bila masa pun senang, kalau nak minum dekat kedai pun senang order jela air panas, lepas tu bancuh la coffee tu dah settel. hehehe..
Setakat ni hanya ada kopi susu je, insya'Allah akan datang dia akan buat coffee lain pula. Sekarang ni stok nieyl tinggal 3 cup je, itupun minum seminggu 2 kali je hahaha..jimat sikit, bila rindu bau coffee tu baru bancuh dan minum. Insya'Allah nanti nieyl nak order lagi 1 bundle. So, kalau korang pun teringin nak rasa korang boleh beli dekat TikTok, search je Richman Coffee.
nanti kita cuba...buat stok dekat opis
ReplyDeleteok...ammi nak gi recce TT dia
ReplyDeletehigh five sikit... sama la kita
ReplyDeletewah, leh cuba ni.. tq tq...
Bagus erk dah siap cup
ReplyDeleteTinggal bancuh aje dengan air panas
baik... nti ldy mintak suami belikan :D
ReplyDeleteWaa terbaik ni boleh beli dan support juga ... thank you sharing iinfo :D
ReplyDeleteOhhh jadi dia sedia dlm sachet ya kak. Boleh lah saya nanti cari kalo ke KL. Menarik nih. Saya pun penyuka kopi soalnya ❤️
ReplyDeletewahhhh besttt ni sbb ada cup sekali. memudahkan kerje hehe
ReplyDeletewah , packaging cup coffee tu pun menarik laa , kena terjah richman coffe la macam ni
ReplyDelete