15 February, 2024

Tak Tahu Dekat Mana Silapnya Didikan

Tak Tahu Dekat Mana Silapnya Didikan | Nieyl memang sakit hati dan sakit mata tengok kawasan pembuangan sampaj tempat nieyl ni. Sedangkan pihak berwajib dah sedaya upaya menyediakan tempat pembuangan yang besar, tong yang banyak, teratur je untuk penduduk tapi kan..sedih betul lah nieyl cakap dengan sikap segelintir orang Malaysia ni. 

Sampah tempat dia dibuang dalam tong sampah bukan diluar tong. Tapi kalau korang tengok gambar yang nieyl snap semalam masa buang sampah tu Allah, entahlah... Dah la tu buang sampah dilua tong sampah, lepas tu kau boleh bakar sampah dalam tong sampah tu..apa benda la sikap macam ni..

Signboard besi semua hilang, nasib baiklah tong sampah tu berat, kalau tak itupun hilang juga agaknya. Setiap hari nieyl akan buang sampah, dan setiap hari juga lah nieyl terpaksa sakit mata tengok keadaan tu berterusan. Ada juga manusia yang tak faham bahasa, katil, sofa, almari semua dieorang longgokkan dekat tempat pembuangan sampah tu, korang rasa lori majlis nak ke angkat sampah-sampah macam tu?Bila tak ambil, dieorang bakar semua benda tu dekat tong sampah tu..

Entah berapa kali agaknya majlis nak ganti tong, bersihkan tempat tu untuk penduduk tapi penduduk tak reti nak jaga kebersihan dan tiada moral sivik langsung dalam diri. Eloknya letak cctv, dapat tangkap siapa yang buat tu, saman je..geram tau..Dah la majoriti orang Melayu, Islam yang duduk dekat situ tapi sikap tu macam tak pernah pergi sekolah. Dan satu lagi dieorang ni suka suruh anak-anak kecil pergi buang sampah, logik lah tong sampah tu tinggi, macam mana budak nak buang, itu yang semua sampah dekat bawah, habis disepahkan binatang macam anjing, kucing. 

Itulah manusia ni, bila tak sediakan bising. Bila dah disediakan tak pandai pula nak hargai. Tahu nak bising , nak komplain je. Entah sampai bila nak jadi macam tu tempat tu pun nieyl tak tahu. Kalau buat aduan pun, bila dah clear, esok lusa jadi balik macam ni. Dan orang yang buat pembersihan pun naik menyampah dah agaknya. 

 

6 comments:

  1. ni lah dinamakan takde sivik..benda ni tak perlu diajar...patut dlm diri sendiri ada nilai2 empathy...kesian kat abam2 majlis

    ReplyDelete
  2. sikap kita nieyls.. huhuhu.. di sini pun begitu... mereka just lempar2 shj dr kenderaan.. semua nak ambik mudah.. pkr yg x susah pun jadi susah.. perkara yg susah bertambah susah.. sikap ambik mudah segelintir dari kita ni.. mcm kes COD tu la sis.. sama jerk.. huhuhuhu.. mudah pada dia tp menyusahkan org lain....

    ReplyDelete
  3. lagi pulak kalau tong sampah tu bertutup...sanggup tak bukak penutup, letak dekat atas je, dah kalau semua buat cmtu, cmne kita yang memang buang sampah dalam tong sampah nk buang...gerammm taw...

    ReplyDelete
  4. Pernah nampak juga sampah dibuang kat tempat dilarang membuang sampah. Hmmm tak tahu nak cakap macam mana.....

    ReplyDelete
  5. mentaliti sikap masyarakat kita ni , zaman sekarang masih ada lagi perangai macam ni , di depan lorong masuk rumah ccl pun begini , tong sampah tersedia besar kadang tu diletakkan tepi tong sampah tu , tak masukkan ke dalam tong sampah , geram pulak kita yang tengok

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)