14 February, 2024

Rindu Yang Amat Sayang

 

Rindu Yang Amat Sayang | Kadang-kadang kita dah move on dah pun tapi biasalah perasaan rindu tu pastinya ada. Setiap malam kalau nieyl duduk depan laptop sambil menaip entry, mesti perasaan rindu dekat workstation tu timbul. Sebab kalau bekerja dulu, setiap hari nieyl akan sampai awal selalunya nieyl orang pertama ataupun kedua yang sampai, so..bila ada masa tu nieyl memang akan menaip entry pagi dekat pejabat sebelum nieyl buat kerja-kerja hakiki. 

Workstation nieyl ni dah macam rumah nieyl yang kedua, nieyl akan deco dan kemas mengikut citarasa nieyl sendiri. Gambar-gambar memang banyak dekat situ sebab bila nieyl rasa sedih ke, ada masalah ke nieyl akan renung gambar-gambar tu dan dia boleh kembalikan mood happy pada nieyl sebab setiap gambar tu ada memori dan cerita yang tersendiri. 

Time ni nieyl dah kosongkan semua barang-barang nieyl dekat pejabat tu, bersihkan? setakat ni nieyl dimaklumkan tempat nieyl tiada orang yang duduk, dieorang kata nanti akan duduk sini semula kalau ada rezeki. Hahaha.. Insya'Allah mengharap xdela tapi moga ada rezeki itu..

Kalau korang yang tengah bekerja di pejabat, korang punya workstation macam mana?kosong atau adalah deco sikit-sikit untuk naikkan seri?




7 comments:

  1. ammi punya table guna open concept dan dari dulu walaupun masa berpartition ammi tak suka hias2. dah serupa meja org lelaki je sbb ammi serabut bila banyak benda tampal sana sini

    ReplyDelete
  2. Memang sayang nak tinggalkan workplace yang cantik tu

    ReplyDelete
  3. Kalau tengah busy bersepah segala file atas meja :D tapi setiap kali nak balik, mesti kemaskan meja supaya besok dtg kerja rasa happy & lapang nak mulakan hari baru.

    ReplyDelete
  4. aiyoo...workstation Linda caca merba...hahaha, janji atas meja kosong...sebab tak suka atas meja banyak barang

    ReplyDelete
  5. cantik tempat kerja nieyl.. insyaAllah nanti majikan nieyl akan panggil balik.. insyaAlalh.. sentiasa berdoa.. ldy doakan untuk nieyl

    ReplyDelete
  6. workstation eqin kena kosong sb sllu jmpa customer.xleh nak selerak tapi kadang ada la file 2,3 bg nmpk skit kita ada kja hahaha

    ReplyDelete
  7. cantiknnya meja office sis , betul kadang-kadang kalau tengok gambar ni pun kita boleh rindu akan suasana tempat kerja

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)