07 February, 2024

Perasaan Menjadi Suri Rumahtangga Sepenuh Masa

 

Perasaan Menjadi Suri Rumahtangga Sepenuh Masa | Tidak pernah terdetik pun selama 11 tahun berkahwin ni nak menjadi suri rumahtangga sepenuh masa. Nieyl bekerja seawal umur nieyl 20 tahun dan pada umur 24 tahun nieyl bertemu jodoh dengan husband , dan masih bekerja sehingga tahun 2023. Jadi nieyl memang tidak pernah menjadi suri rumahtangga sepenuh masa, kalau setakat cuti sehari dua tu pernah la tapi untuk tempoh yang lama belum pernah lagi. 

Tapi untuk permulaan tahun 2024 ni, Allah beri nieyl peluang untuk merasa perasaan menjadi seorang isteri yang tidak bekerja dan sepenuhnya di rumah menjadi makan minum pakai husband. Pada awalnya macam bosan juga sebab bila kita dah biasa pergi kerja pagi dan balik kerja petang, malam baru kita ada masa dekat rumah. 

Tapi bila dah lama-lama, nieyl dah dapat rentak seorang suri rumah tu baru nieyl rasa macam Oo..best rupanya, sebabnya dari sampai ke Malam nieyl penuhkan masa nieyl dengan aktiviti dan tak banyak masa yang terluang untuk tengok Kdrama. Kalau bekerja pun nieyl rasa nieyl tak sesibuk sekarang ni hahaha..

Mesti korang tertanyakan apa yang nieyl sibuk sangat seharian sampai nak tengok tv pun tak ada masa. Meh nieyl share sikit rutin nieyl setiap hari sekarang ni..

6.30 pagi bangun, gosok baju kerja husband
7.00 pagi kejut husband, siapkan minum pagi dia dan bekal air dia
730 pagi setia menghantar husband ke pintu untuk pergi kerja
8.00 pagi kemas ruang tamu dan buka tingkap
8.30 pagi Siram pokok-pokok
9.00 pagi Rest 
9.30 pagi Jemur kain, lipat kain, sapu rumah
11.00 pagi Masak untuk tengah hari (husband balik makan)
12.30 tgh hari kupas bawang, goreng bawang, siapkan order
2.00 petang Jaga Raisya ( buat kerja sekolah)
4.00 petang buat minum petang dan dinner
6.00 petang rest
9.00 malam ke dunia blog
12.00 tgh malam tidur

Setiap hari akan ada perubahan , satu hari nieyl akan ambil masa untuk mengemas bilik , mengemas dapur, mengemas fridge dan macam-macam la, itu belum masa nak pergi kedai lagi kalau banyak order, nieyl kena pergi cari bawang, peria dan bekas-bekas. Ha..macam tu la rutin nieyl sekarang ni, nak cakap bosan tu rasanya tak sempatlah nak bosan sekarang ni..

Alhamdulillah setiap hari ada je Allah berikan nieyl rezeki , order masuk ..jadi, walaupun duduk rumah bukan duduk sahaja tanpa buat apa-apa, nieyl usaha cari rezeki jalan lain bukan duduk dalam bilik aircond mengadap komputer dah. Apa-apa pun kan, nieyl happy dengan life nieyl dan Insya'Allah nieyl percaya Allah akan beri yang terbaik untuk diri nieyl. 


10 comments:

  1. alhamdulillah...boleh fokus bisnes kecil kecilan pulak...nieyl boleh

    ReplyDelete
  2. seronok juga dpt jd fully housewife!
    wahhh Nieyl buat bisnes bawang goreng ye?

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah bestnya dapat jadi surirumah sepenuh masa. Impian Cie jugak tu.

    ReplyDelete
  4. akk masih bisnes kerepek peria ya kak?

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudah segala urusan sehariannya

    ReplyDelete
  6. bila dah dapat sesuaikan dengan keadaan akan jadi selesa

    ReplyDelete
  7. pendapat saya kalau jadi suri rumah full time ni ada anak bestlah jugak. kalau berdua je rasanya pishang. impian saya nak remote working full time. kalau dapatlah..

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah...ada jalan lain untuk Nieyl tambah rezeki..insyaallah allah permudahkan sementara menanti peluang baru kan...muda lagi Nieyl ni rupanya

    ReplyDelete
  9. setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya, sebenarnya jadi fulltime housewife lagi penat..keja rumah mana pernah habis kan... but yg penting kena pandai manage masa.. in sya Allah..happy je... you cna do it Nieyl!!!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)