29 February, 2024

Girl's Day Out : Breakfast Di Saudagar Nanas Agrofarm

 

Girl's Day Out : Breakfast Di Saudagar Nanas Agrofarm | Ini merupakan kali pertama nieyl sampai ke sini. Ladang nanas ni terletak di Sg Merab Luar, Kajang berdekatan dengan Putrajaya. Nieyl pun tak sangka ada tempat cantik macam ni dekat area kawasan perumahan situ. Jalan nak masuk dia pun ala-ala naik bukit macam Cameron tau, so boleh la kalau nak feeling-feeling cameron tu. Nieyl tak sure berapa ekar tanah ladang nanas ni tapi keliling ni semuanya nanas tau.

Disebabkan nieyl memilih weekdays, jadi parking banyak dan orang pun masa nieyl sampai tak berapa ramai lagi adalah dalam 6 orang. Tempat duduk pun korang boleh pilih nak duduk dekat mana, sebab banyak tempat yang strategik untuk OOTD berlatar belakangkan ladang nanas. 
Sebelum pilih meja mana yang kita nak, kita kena order makanan dan minum dekat kaunter yang disediakan. Dekat sini makanan dia, kebanyakkannya berunsurkan nanas la cuma nieyl tak pilih makan yang ada nanas hari tu sebab nieyl tak makan nanas sangat selainkan dia masak gulai. Bila kita dah order dan bayar dia akan bagi resit beserta nombor. So, sementara makanan dan minuman kita siap tu bolehlah kita pilih meja, dan nieyl pilih mengadap ladang nanas sebab nak rasa breakfast atas bukit hehehe..

Nieyl dengan syida ambil menu yang sama sebab kitaorang berdua lapar, longtong rendang ayam, Afika dia ambil waffle topping ice cream nanas. Air pula syida dan afika je order, kopi ais dengan kopi susu ais kot dan nieyl order air panas je sebab nieyl bawa coffee sendiri dari rumah. Apa yang menariknya kan, tengah sembang-sembang tiba-tiba ada pengumunan macam dekat airport tu, minta ambil makanan dan air yang dah siap , sebab rare la sedap suara dia. 

Coffee nieyl sekarang richman lah, sebab nak bawa pergi mana-mana pun senang, dekat mana-mana pun boleh bancuh, order air panas je. Pagi kalau nieyl minum coffee memang segar dan bertenaga sampai ke malam tau. So, stok nieyl tinggal 2 cup je ni, nak order lagi nanti.

Bila perut dah kenyang, korang bole pusing-pusing dekat sekitar ladang nanas ni untuk OOTD ke, nieyl memang sukalah tempat-tempat yang penuh kehijauan. Oh ya, sebelum nieyl terlupakan, nieyl sampai awal juga dalan pukul8.30 walaupun asalnya nak sampai pukul8 pagi. Tempat ni kalau matahari pagi dah naik , panas tau yela kawasan ladang kan, lagikan cuaca sekarang ni panas.
Dekat ladang tu disediakan buai gergasi yang boleh kita naik dan bergambar. Memang teruja juga la bila nampak buai tu, dari masa makan asyik usha je buaian tu sebab nak naiiiikkkk. Nieyl ada post video naik buai ni, dah besar-besar teringin nak naik buai katanya. Dan satu lagi, kalau korang tengok baju nieyl dengan afika sedondon tu sebenarnya itu hanya kebetulan sahaja tau, bila sampai-sampai je dah tergelak-gelak dah..adoi...pasrah syida lain dari yang lain hahaha

Kalau korang rajin berjalan, akan ada satu pondok yang menempatkan beberapa ekor arnab dan juga burung. Yang kelakarnya kan syida baru je nak dekat dengan arnab tu, arnab tu boleh pula kencing hahaha..sabar jela..tapi comel-comel arnab situ . Anak-anak mesti suka dapat tengok arnab dekat-dekat. Next kalau order boleh letak lagi beberapa haiwan yang jinak, mungkin boleh jadi satu tarikan juga kan.
Nak tahu tak berapa harga-harga makanan yang kitaorang makan tu?meh nieyl sharekan untuk makluman. 

Waffle Saudagar RM10.00
Longtong Rendang Ayam RM30.00 ( RM15.00)
Kopi Ais RM5.50
Kopi Susu Ais RM6.00

Murah ke mahal?Kalau nieyl dapat breakfast dengan pemandangan yang cantik, service pun cepat dan makanan pun ok, dengan harga tu..berbaloi. So, kalau korang yang berada disekitar selangor, putrajaya ni kalau nak pergi ke ladang nanas ni, boleh waze je SAUDADAR NANAS AGROFARM,  Insya'Allah sampai sini. Waktu operasi Isnin - Ahad kecuali Jumaat tutup tau, dia open pukul7.30 pagi - 6 Petang. 

Jumpa entry next aktiviti nieyl....

9 comments:

  1. mesti seronok kan.. dihiasi pemandangan menghijau.. makanan x sedap pun mesti terasa sedap... yumm yumm yumm..

    ReplyDelete
  2. mmg sedondon sangat dari atas ke bawah...

    ReplyDelete
  3. Dah ada tarikan baru, mcm buaian tu... Dulu PH pergi nak duduk pun takde tempat, penuh sesak org masa tu... Baru viral x silap time kami pergi tu

    ReplyDelete
  4. waaahhhh ladang nenas! bestnyaaaa Ana pun suka tempat-tempat mcm ni! kalau menu sedap & servis padu mmg berbaloi dgn harga hehe. ehhh syida je tak sama tema hitam putih kikiki~

    ReplyDelete
  5. macam best je sarapan dekat ladang nenas! jarang dibuat ni. hehehe. damai mata

    ReplyDelete
  6. menarik tengok waffle saudagar tu . menarik la owner ladang nenas ni , buka kepada public untuk tengok sendiri ladang tersebut sekali gus buka cafe makan dan minum . good idea .

    ReplyDelete
  7. bestnya... cantik tempatnya.. Ezna pun ada share hari tu....nice place to hang out. leh try ni

    ReplyDelete
  8. cantiknya tempat ni, gambar2 semua cun2 mcm kat oversea

    ReplyDelete
  9. Besar sungguh ladangnya. Cantik view.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)