16 February, 2024

Keluarkan Peluh Setiap Petang

 

Keluarkan Peluh Setiap Petang | Jujur kata nieyl bukan seorang yang suka bersukan, dari sekolah rendah ke sekolah menengah, dan sampai bekerja pun sama juga tapi nieyl ada satu habit bila terfikir nak buat, nieyl akan buat all out. Contoh macam nieyl nak start jogging semula setiap pagi, jadi nieyl bersemangat dan terus buat, walaupun tahu nieyl akan sakit peha beberapa hari kalau nieyl start jogging, yela nieyl dah berapa bulan tak pergi running atau jogging, muscles dah keras. 

Nieyl start jogging semula hari selasa, biasalah memang rasa sakit peha nieyl ni tapi itu sementara je sebab muscles yang keras tu koyak tapi 2 ke 3 hari dia akan ok semula, macam hari ni dah hari ke 3 Alhamdulillah peha dah tak sakit dah, jadi dah boleh teruskan jogging macam biasa. 

Belah petang pula nieyl cabar diri nieyl untuk main badminton 1 jam dari pukul6-7 dengan anak buah nieyl. Hari ini hari yang ke-3 Alhamdulillah masih konsisten setiap petang. Seriuslah bila dah mula bersukan ni, memang badan rasa sangat best bila berpeluh-peluh, nieyl dapat rasa ringan badan. 

Gambar-gambar yang nieyl share ni adalah hasil karya Raisya, dia pun setiap petang tengok nieyl bersukan. Dia tak nak jadi pengadil, dia nak jadi camera girl. Dia minta  handphone nieyl, dia akan snap apa yang dia suka. Jadi, antara hasil yang elok-elok jela nieyl share dalam ni, sebenarnya banyak je yang dia snap tapi kena ada tapisan hahaha..

Nieyl pun tak tengok pun dia snap, dah balik rumah relax baru la nieyl tengok gambar-gambar dia snap tapi kan ada je gambar yang cantik dan kreatif dia ambil tau. Yela budak umur 6 tahun apa je yang dia tahuu nak snap kan, tapi hasil dia boleh tahan cantik jugaaa... Maca, gambar raket dan bulu tangkis tu dia la yang snap tu.


Yang ni hari berikutnya, macam-macam dia rakam aksi nieyl nasib baik tak ada rekod video haha, yang ni dia tak pandai lagi. Bila dia dah boring snap gambar manusia, dia pergilah snap gambar pokok bunga la, gambar kereta la, gambar bangla yang lalu belakang nieyl pun dia ambil juga hahaha..sabar jela budak ni hahaha..dia juga jadi pompom girl nieyl, dia akan cakap kuatkan semangat, main betul-betul hahaha...dah macam coach la pula, siap pesan esok main lagi ok..hahaha..







5 comments:

  1. seronok dapat keluarkan peluh...linda pun dah lama tak berpeluh nie...bila lah nk start balik

    ReplyDelete
  2. Bagus camera girl tu. Siap ada bunga.

    ReplyDelete
  3. akak pun xde masa nak bersenam ke apa..brisk walk lagi la blom ada masa..ntah bila ntah nak start...

    ReplyDelete
  4. Bagus tuh kak. Setidaknya konsisten dengan target nak olahraga. Hasilnya pasti terasa nanti.

    Dah terlihat dari sekarang bakat Raisya nih. Ntah2 nanti besar jadi fotografer handal 👍

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)