Potato Fritters Nieyl | Alkisahnya sejak-sejak jadi full wife ni husband nieyl kalau nak makan apa-apa dia akan order je. Kadang-kadang bila dia lapar, dia akan cakap la dia nak makan. Biasanya dia akan cakap masak la apa-apa asalkan bukan nasi. Sekarang ni nieyl tengah cuba mengawal, makan nasi sehari sekali sahaja waktu lunch. Dinner cuba makan sebelum pukul6 petang macam tu. Nieyl boleh konsisten kalau mak nieyl tak ada, kalau mak nieyl ada payah sebab dia akan paksa kitaorang berdua makan nasi hahaha..
So, semalam petang terajin sikit nak buat potato fritters untuk husband makan malam. Ala, buat tak banyak pun dalam 5 keping je untuk dia sorang je.
Bahan-bahan
Ubi kentang sebiji
Carrot
Daun Bawang
Tepung gandum
Telur sebiji
Garam
Air
Cara-caranya
- Campur semua bahan dalam bekas dan gaul sehingga sebati
- Goreng seperti cucur je
- Lagi sedap kalau korang goreng nipis-nipis dan garing.
Selamat Mencuba
Nampak sedap tu. Terima kasih share resepi.
ReplyDeleteboleh cuba nie...tp bab menghiris2 tu malas betul...sagat je boleh kot..hahaha
ReplyDeleteklo kite kentang tu potong dadu..sedap..okay nnti try mcm ni pulak
ReplyDelete