21 February, 2024

Cerita Jumaat Yang Sibuk

Cerita Jumaat Yang Sibuk | Sekarang ni nieyl setiap hari nieyl cuba buat yang terbaik dalam hidup nieyl. Bukan mudah untuk kita ubah cara hidup kita yang setiap hari sama sahaja, kalau dulu setiap pagi pergi kerja dan petang balik, malam tidur..Bertahun-tahun begitu je rutin setiap hari. Tapi bila Allah berikan nieyl ruang dan masa yang banyak setiap hari, nieyl mula berfikir yang takkan nak makan, tidur , makan , tidur je kan setiap hari tanpa ada perubahan. Always ask my self , u have do something for your life..

Dan apa yang fikir adalah setiap pagi 3x seminggu untuk pergi jogging dan setiap petang ambil masa at least 1 hour untuk keluarkan peluh. Selain dari itu kurangkan waktu tidur siang kalau sebelum ni nieyl akan tidur siang 3 jam, so sekarang ni nieyl had kan hanya 1 jam setengah sahaja untuk nieyl hilangkan penat memasak, kemas rumah dan buat kerja bisness. Dan malam nieyl akan fokus untuk blog dan terapi minda.

Jadi, kisah hari jumaat lepas nieyl dah terlewat untuk pergi jogging. Call time adalah pukul7 pagi , tapi nieyl terlewat sebab 6.30 pagi nieyl baru nak packing peria-peria yang nak dipos dan didelivery pagi jumaat tu. Apa-apa pun pagi tu nieyl tetap pergi jogging juga cuma tak dapat nak ambil masa yang lama la, dalam 30min je. 

Pagi tu memang kereta nieyl penuh dengan barang-barang yang nieyl nak delivery dan poskan. Actually bukan sahaja peria, ada juga karipap frozen yang banyak dari kawan-kawan nieyl dekat pejabat order. Nampak tak kotak tu?actually kan nieyl tak sempat nak wrapping ..

Sudahnya selepas selesai jogging tu,  nieyl duduk tepi kereta nieyl wrap peria untuk dia pos ke Terengganu. hahaha. Lepas nieyl settel wrapping, nieyl terus ke Pejabat nieyl untuk delivery karipap yang banyak. Selesai delivery karipap, nieyl ke J&T pula untuk pos peria dan akhir sekali nieyl ke putrajaya untuk delivery peria dan bawang goreng dekat kawan pejabat lama nieyl. Serius ar masa tu penat sangat rasanya. 

Tapi tak apala, pengalaman yang manis untuk diri nieyl dan nieyl puas hati dapat buat semuanya sendiri. Balik rumah , rehat sekejap balas wasap-wasap customer dan terus masuk dapur untuk masak lunch untuk mak dan husband nak balik kerja nanti makan. 

Siapa kata tak ada anak boring jadi suri rumah?sebenarnya terpulang pada diri kita macam mana kita nak atur cara hidup kita sebagai suri rumah. Dan zaman sekarang ni, jadi suri rumah pun boleh jana income yang beribu-ribu tau. Ha..korang doakanlah nieyl salah seorang dari itu..Aminnn...

**Kepada yang nak order peria crispy nieyl, nieyl ada buka untuk pos tau..kalau korang nak, nanti korang DM nieyl dekat Instagram ya... [ click here for DM]
 

4 comments:

  1. Akk pun dah 10thn lebih jadi full time housewife, alhamdulillah tak pernah rasa boring. Sebaliknya bertambah rasa syukur Allah bagi nikmat duduk rumah; byk benda boleh buat alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. wah..bagus nieyl...moga terus maju key..caiyok caiyo

    ReplyDelete
  3. Kalo nanti saya ke KL, rasanya jadi pingin nak pesan peria crunchy nih dari kakak ☺️.

    Betul kak, ada anak atau tak, kita yg menentukan akan melakukan apa supaya tak bosan. Malah biasanya dengan tak ada anak, kegiatan jadi lebih banyak. Tak ada waktu utk bosan 😊

    ReplyDelete
  4. yeayy , tak mudah juga nak konsistem jogging setiap pagi dan juga setiap petang tu kan ,,tapi kalau dah hari-hari dah terbiasa badan pun jadi makin semangat

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)