05 February, 2024

Bubbles O2 Sangat Bagus Untuk Batuk

 

Bubbles O2 Sangat Bagus Untuk Batuk | Cerita dia macam ni, kan hari tu nieyl pergi emergency pasal alergik nieyl tu kan, lepas dah settel urusan hospital sementara nak tunggu orang pick up nieyl dekat lobi hospital tu, niey singgahlah dekat kedai runcit hospital untuk beli pau sebab nieyl memang suka makan pau hospital dari dulu lagi dan lepas tu nak beli air mineral, so nieyl nampaklah air mineral bubbles O2 ni so nieyl pun belilah tanpa tahu dia punya kebaikan tu..

Nieyl beli satu je masa tu, so makan pau dan minum air mineral tu seharian masa tu nieyl dah start batuk-batuk dah, tidur pun asyik terjaga sebab batuk. Nieyl usaha dengan cough pad dulu, Alhamdulillah nampak kurang batuk masa tidur. Lepas tu nieyl minum air mineral bubbles O2 ni dari sehari ke sehari perubahan batuk nampak berbeza sangat. 

Nieyl gunakan kuasa TT la hehehe, search bubbles O2 rupanya dah viral tentang kebaikan air mineral ni mungkin sebab dia tak FYP dekat TT nieyl sebelum ni. Jadi nieyl pun baru tahu kenapa air mineral ni menjadi viral sebabnya kebaikan yang ada dalam air mineral ni yang membuatkan ramai orang berebut beli untuk kegunaan harian seisi keluarga. 

Bubbles O2 ni mengandungi Oksigen dan kalsium yang tinggi selain itu dia juga ada magnesuim so, sebab itulah harga dia jauh lebih mahal dari air mineral yang lain tapi tak boleh lawan harga air mineral yang satu lagi tu. So, nieyl dari beli 1 botol, hari ni nieyl dah minum 5 botol, hari ni pun nieyl ada kirim dekat anak buah nieyl kebetulan dia nak pergi hospital . Harga dia berbeza-beza tau korang, kalau beli dekat 7e dia mahal rm4.90 setakat yang nieyl beli lah, dekat Petronas pun ada cuma nieyl tak pasti berapa Rm. Cuma dekat Hospital hari tu nieyl rasa dalam Rm3.30 ke Rm3.90 macam tu harga dia.

Kalau ada anak-anak yang demam, batuk ke kan mungkin boleh cuba bagi minum air mineral ni. Mungkin boleh membantu mengurangkan demam dan batuk yang berpanjangan tu. Kalau beli satu canton nieyl rasa lebih murah dalam rm35 lebih . Boleh cari dekat Shopee atau TT pun ada orang jual juga. Semoga perkongsian nieyl dan pengalaman nieyl boleh membantu. 



3 comments:

  1. betul . banyak kelebihan mineral bubbles o2 nie ,

    ReplyDelete
  2. wah..leh try jugak nanti ni..tq for sharing

    ReplyDelete
  3. baru hari tu terbaca pasal review air mineral ni... produk muslim kan?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)