01 February, 2024

Rewang Siapkan Goodies Tetamu

Rewang Siapkan Goodies Tetamu |Hari tu kan nieyl ada bagitahu yang nieyl tak dapat nak pergi majlis kenduri anak buah nieyl kan, actually majlis yang lepas ni adalah majlis yang ke-3 dibuat. Sebelum ni majlis di belah pengantin perempuan, lepas tu majlis belah lelaki (akak nieyl) dan yang ke-3 belah mak angkat dia.  Rumah pun dekat je dengan rumah nieyl, beberapa hari sebelum majlis tu nieyl dengan kakak-kakak, anak-anak buah kita pergi rewang siapkan goodies untuk tetamu dekat rumah nenek dia. 

Dalam kotak tu kita letak 8 gula-gula dan 2 coklat so, satu box tu penuh. Jemputan dalam 1000 org, jadi kita prepare goodies dalam 2000 box macam tu. Bila ramai yang membantu ni, dalam 2 jam camtu settel semua. Cantik tau box dia, kain songket dari Timur. Ada macam-macam warna dan berkualiti, nieyl tanya harga sekotak ni berapa..Rm5 lebih..huhuhu... mak ai,boleh tahan harga diaa..tapi serius cantik dan boleh guna semula untuk letak barang.
Nieyl tak sihat hari tu nak pergi, jadi ibu angkat anak buah nieyl bagi 4 kotak ni dekat nieyl , cantik-cantikkan warna dia. Boleh simpan pin-pin tudung, gelang-gelang dan duit  hehehe..





 

8 comments:

  1. wah cantiknya.. memang useful sgt kotak2 kecik mcm ni

    ReplyDelete
  2. Cantik nya kotak goodies tu...
    Meriah majlis resepsi nie.. Sampai 3x..pernah bos cina linda tanye dulu "Y aa, Melayu buat majlis kahwin banyak kali? Kita orang cina, 1 kali saja.. Terus dekat dewan senang cerita"... Erkkk.. Kitanya sengih je lah

    ReplyDelete
  3. waahhhh bestnya bila ada kewangan lebih & boleh buat lebih sikit dlm majlis hehe

    ReplyDelete
  4. Cantik betul kotak goodies tu. Kalau saya dapat memang nak simpan, atau isi brooch.

    ReplyDelete
  5. Cantik kotak goodies ni . Rewang ramai-ramai dengan ahli keluarga adik beradik terdekat ni memang seronok laa . Alih-alih sekejap jer siap .

    ReplyDelete
  6. Wah, sampai 3 kali. Saya dulu buat sekali je pun dah penat. Hihi

    ReplyDelete
  7. wow,...banyak belanja goodies mewah macam ni...

    ReplyDelete
  8. Ihhh cantik memang box dia kak 😍😍. Sampai 3x acara yaaa... Saya cukup lah 2x dulu, itu pun mau karena pakai wedding organizer, jadi tak pusing pikir acaranya, dah mereka siapkan semua. Kalo masih harus urus sendiri, give up saya 🤣

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)