16 February, 2024

Cukai Pendapatan Bagi Taksiran 2023

Cukai Pendapatan Bagi Taksiran 2023 | Baru-baru ni kakak nieyl ada bagitahu dia cadangan dia nak bersara awal. Kalau ikutkan dia nak bersara awal masa umur dia 55 thn. Jadi, dia pun pergilah ke HR dia untuk tanya apa yang diperlukan untuk mohon bersara. Tanya punya tanya, pegawai tu cakap kalau akak nieyl nak pencen tahun ni pun boleh sebab kalau ikut tempoh servis dah boleh bersara dah. Dalam bulan 9 2024, pegawai tu bagitahu kakak nieyl. 

Jadi, kakak nieyl memang nak bersara awal pun sebab dia dah penat bekerja, actually kakak nieyl kerja dekat hospital bahagian terapi speech delay. Sekarang ni usia dia pun dah 54 tahun, jadi dia dah pun buat permohonan bersara awal, dan pihak hospital tengah uruskan permohonan ke JPA pula. Sambil tu, nieyl cakap dengan dia, nanti semak cukai-cukai pendapatan takut-takut ada tunggakan ke apa. Sebab selalunya sebelum bersara ni dieorang akan semak benda-benda macam ni. Semak punya semak ada beberapa cukai yang dia perlu bayar, dan Alhamdulillah setakat ni dia dah selesaikan semuanya. 

Dan dekat sini juga nieyl nak share la kalau sesiapa masih tak tahu lagi jumlah pendapatan yang dikenakan cukai pendapatan. Untuk lebih jelas, korang boleh baca dekat gambar yang nieyl share ni kalau korang layak bayar cukai,silalah buka failing dekat LHDN ya, dan insya'Allah untuk Taksiran 2023 akan di buka tidak lama sahaja lagi okay...


 

13 comments:

  1. Tulah yang husband kita kelam kabut tahun lepas.. Hihihi..

    ReplyDelete
  2. Tu la, kne semak cukai..igt pertama kali declare tax kelakar je sbb blur blur

    ReplyDelete
  3. Bayar jela kan demi negara tercintah. Hihi

    ReplyDelete
  4. sedih.. hidup dlm m40, sikit je tinggi dr B40, tapi byr cukai cam T20

    ReplyDelete
  5. semoga Allah mudahkan untuk bersara dan tiada tunggakan cukai..

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas perkongsian..yang keterangan kat gambar tu tertakluk kepada penjawat awam atau semua Nieyl?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak kak, ini untuk semua rakyat malaysia yang bekerja..

      Delete
  7. Moga dipermudahkan semua pembayar cukai aminnn

    ReplyDelete
  8. EA form x dapat lagi...dapat nanti baru nak buat..hahaha...

    ReplyDelete
  9. Waah ada kriteria nya yaaa 👍. Dan saya jadi ingat sampai bulan Maret nih masih ditunggu pelaporan tax dari semua orang 😄. Suami saya harusnya dah lapor. Tak suka lama2 kalo dah soal tax report. Akan ada denda kalo terlambat

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)