02 February, 2024

Homemade Gula-Gula Coklat

Homemade Gula-Gula Coklat | Kebiasaannya kalau ada majlis, tak kira majlis kahwin ke majlis hari jadi ke mesti kita nak menyumbang ataupun potluck kan. So, untuk majlis hari anak buah nieyl hari tu, husband nieyl tanya nak bagi apa?sebab dah ada yang bagi bunga telur serta telur, kakak nieyl ada bagi peria crispy beberapa bekas untuk meja tetamu. Nieyl pula masa tu terlebih rajin, nieyl cakap dengan husband nak buat sendiri...hahaha..masa tu husband dengar dia kata betul ke nak buat sendiri?tak menyesal hahaha

Jangan di cabar tau, pantang dicabar ni..nieyl nak buat gula-gula pop yang comel-comel tu untuk anak buah nieyl. Bahan-bahan semua nieyl beli dekat Shopee dan kedai bakery dekat rea rumah nieyl. Nieyl ambil masa lebih kurang 3 hari siapkan lebih kurang 60 pcs. Memang plan tak buat banyak sebabnya tuan rumah pun ada sediakan gula-gula untuk tetamu kanak-kanak. 
Tadaa..cantik tak?yang ni nieyl guna mushmellow je tapi kan nampak je macam senang nak buat, sebenarnya nak buat ni kena penuh kesabaran ya..hehehe, kalau tak sabar, memang tak boleh nak buat dengan kuantiti yang banyak. Nieyl ni pun nak kata sabar, sebenarnya bukan lah orang yang sabar sangat ya..jenuh nak tunggu dia keras. Tapi bila dah keras puas hati sebab cantik dan sedap.

Warna pick

Warna turquoise

Selain mushmellow nieyl buat juga oreo , saja buat tambah-tambah . Alhamdulillah dieorang kata gula-gula nieyl licin habis. Seronok dengar kan, puas hati dapat buat dan habis...Nieyl ada lagi 1kg coklat tu, tak tahu bila nak buat lagi tuuu..







 

9 comments:

  1. ala ala...comei nya Nieyl... ni bukan budak2 je berkenan, mak budak pun. cute!!!

    ReplyDelete
  2. wah kreatif habis la nieyl ni..tapi cantik tau

    ReplyDelete
  3. rajin betul ya, skill tu memang kena ada. Diah tahu makan je hahahha

    ReplyDelete
  4. cantiknya kejadiannya.. puas hati kalau buat sendiri kan.. :D

    ReplyDelete
  5. hahaha husband tny awal2 xnyesal ke...kreatif btul nieyl

    ReplyDelete
  6. Wah..comelnyaaaa.....nanti share cara nak buat ye...

    ReplyDelete
  7. comelnya . buat doorgift ni bebudak mesti suka

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)