06 February, 2024

Wasiat Mak Untuk Anak

 

Wasiat Mak Untuk Anak | Umum mungkin dah tahu yang mak dan ayah nieyl tinggal dengan nieyl. Hanya mereka yang tinggal bersama mak-mak ni je tahu mak kita ni macam mana. Kalau macam mak nieyl ni setiap pagi dia akan habiskan masa lebih kurang 1 jam dekat luar rumah dengan siram pokok-pokok dia dan juga mencuci keliling rumah. Sejujurnya nieyl memang tak siram pokok-pokok tu sebab mak nieyl dia tak suka orang lain buat sebab dia takkan puas hati. Lebih baik nieyl biarkan je dia buat apa yang dia suka.

Dalam setahun akan ad beberapa kali mak nieyl akan pergi ke rumah kakak nieyl. Kalau pergi dalam seminggu dua. Macam minggu ni mak nieyl tak ada dekat rumah dia pergi rumah adik nieyl dekat Melaka. Kalau ikutkan seminggu , tapi tak pasti kalau dia nak lama dekat sana tu..

Seperti biasa setiap kali dia nak tinggal rumah lama-lama perkara pertama yang akan dia pesan dekat nieyl adalah tolong siram semua pokok dia dan pastikan siram dengan air yang banyak kalau tidak nanti pokok kering. Dan yang paling tak boleh blah, dia cakap macam ni " jangan sampai pokok dia mati, kalau mati siap ko" adoi la..jadinya bermula semalam, pukul8 pagi nieyl akan pergi siram semua pokok di keliling rumah. Ha..korang ingat sikit ke kena siram..banyakkkk ooo... gambar atas nieyl share tu semua pokok yang mak nieyl tanam, termasuklah ladang sayur bendir yang baru dia tanam tu. 

Lepas dah siram tu, ambil gambar hantar laporan yang mengatakan yang nieyl dah siram semua pokok dia. hahaha..nampak tak bertapa dia sayang pokok-pokok dia tu. Walaupun nieyl tak rajin nak siram tapi seminggu ni memang kena rajinkan juga la menyiram pokok , kalau tak kang kalau kering ke mati ke jenuh nak menjawab dengan mak tu..hehehe..

Istiqamah nieyl!!

6 comments:

  1. hahahha istiqamah yer niely jangan smpi pokok mk mati...betul sini musim panas, pokok limau tepi parking kt umh dh nk mari br ptg smlm prsan pucuk da kering cpt2 husb siram..harap isteri ni tgu pokok mati dlu la hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah betul2 musim panas la..nieyl walaupun duduk rumah je pun, aduhai berpeluh-peluh,pasang kipas pun x sejuk...klu dah tak tahan sgt nieyl masuk bilik duduk bilik aircond...tapi itulah...bil melambong

      Delete
  2. Bagus anaknya yang rajin ni. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala...saya x rajin sebenarnyaa bab pokok-pokok ni tapi nak buat mcner kan kena rajin juga la klu tak nanti, pokok tu mati, saya pun kena bebel hehehe

      Delete
  3. Hahahahahah memang laah kalo dah mak yg bagi perintah, mana bisa kita tolak kan 😄. Ngeri pula kata2 trakhir kalo sampai pokok kering 🤣. Daripada tak dapat restu Mak nanti, baik kita lakukan sepenuh hati 😄

    ReplyDelete
  4. Hahaha anggaplah itu senaman di pagi hari. Sambil2 tu cecabut la rumput tetepi pokok tu hahah. Itu senaman lutut dgn jari pulak

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)