Showing posts with label CAFE. Show all posts
Showing posts with label CAFE. Show all posts

30 July, 2025

Melawat Anak Buah Di Hospital

by on July 30, 2025

Melawat Anak Buah Di Hospital | Hari sabtu selepas selesai majlis bertandang, nieyl ambil peluang untuk pergi ziarah anak buah nieyl ( anak abg ) dekat hospital yang baru selesai operation masuk besi di kaki kiri pada 24 Julai 2025. Kisahnya anak buah nieyl on the way balik kerja kemalangan dengan kereta dan mengakibatkan kecederaan di bahagian kaki kiri dia patah. Beberapa hari sebelum majlis akad nikah bella. Anak buah nieyl ni masih belajar lagi kebetulan dia cuti sem 2 bulan dia kerja, dia memang suka kerja. Tapi itulah, tak sangka benda macam ni terjadi, so..ni dia kena cuti panjang lah, kena tangguh sem 3, sampai boleh jalan semula.

Lepas selesai melawat tu on the way nak pergi ke parking kereta, nampak ada cafe coffee dekat hospital tu so, singgahlah sebab nieyl nak minum coffee. Sebelum-sebelum ni tak ada cafe ni maybe baru la kot, 
Selain air, ada juga makanan-makanan lain yang boleh order..cuba ketika itu nieyl tak ada rasa nak makan just nak minum je itupun take away je. 
Nieyl seperti biasa latte memang tak boleh dipisahkan, so kalau ada yang nak belanja nieyl tu latte tau hehehe..comel lah dia punya cup kan, malaysia sangat..dari segi harga ok mampu milik cuma rasa dia biasa-biasa je maybe boleh pelbaiki lagi rasa untuk setanding dengan cafe -cafe yang diluar sana.

26 February, 2024

Repeat Lepak Petang di Calma Cafe

by on February 26, 2024


Repeat Lepak Petang di Calma Cafe | Macam tak ada cafe lain nieyl nak pergi kan asyik nak repeat cafe ni je hahaha, kalau kita repeat tempat yang sama maknanya apa?maknanya kedai tu makanan dia sedap dan harga berpatutan. Kalau makanan kedai tu murah tapi tak menepati citarasa korang, agak-agak korang akan repeat lagi tak?Mestilah tak kan, sekali jelah akan pergi. 

First time nieyl pergi cafe ni,nieyl try spaghetti dia. Dan untuk kali ke-2 ni nieyl order lempeng bersama sambal tumis. Untuk lempeng dia sedap cuma sambal tumis dia terlalu pedas maybe boleh kurangkan sikit pedas sebab kadang-kadang ada orang yang tak tahan nak makan pedas.

Menu kedua yang nieyl try adalah Mac & Cheese. Untuk menu ni nieyl pun suka sebab dia tak terlalu pekat dan kita makan pun tak adalah rasa terlalu muak. Kalau masa terlalu pekat dan terlebih cheese pun boleh buat kita rasa muak dan tak boleh nak makan benda lain. 
Menu ke-3 adalah waffle chocolate. Dia ada pilihan nak letak topping chocolate, honey, ice cream tapi nieyl pilih chocolate je, nieyl suka la waffle dia sebab walaupun paling akhir nieyl makan waffle dia still rangup dan sedap. Ha..nampak, nieyl repeat bukan nieyl pilih menu yang sama, nieyl pilih menu yang nieyl tak pernah makan lagi hahahaha...cuma ada satu je lagi yang tak sempat nak rasa SOTO dia sebab selalu cepat sold out...Hopefully ada rezeki nanti nak rasa SOTO dia tu.

05 February, 2024

Sepetang Di Calma Cafe Cybersouth

by on February 05, 2024


Sepetang Di Calma Cafe Cybersouth | Sejak nieyl naik pangkat jadi suri rumahtangga sepenuh masa ni kan, dah jarang order coffee ataupun beli coffee. Bukan sebab apa, area rumah nieyl ni tak ada coffee yang nieyl suka. Dan biasanya kalau keluar dengan kawan-kawan baru nieyl akan cari coffee.  Minggu lepas selepas nieyl baik dari sakit tekak tu, nieyl memang craving coffee betul. 

Kononnya nak pergi Zus baru buka dekat Cybersouth tu, alih-alih tengok penuh dengan orang. Actually Zus dekat situ kecil je, student ramai dalam tu sebab dekat dengan UiTM Dengkil. Nieyl pula memang tak suka tempat yang ramai orang sempit macam tu, so pusing-pusing area situ ternampak satu cafe yang baru buka nieyl rasa sebab sebelum ni tak pernah nampak. So, nieyl try la sebabnya cafe tu nampak cantik hiasan dia luar dan dalam dia.

Masa nieyl masuk tu adalah dalam 4 meja yang ada orang, tapi masih ada 4 meja yang kosong. So, kira oklah sebab masa nieyl nak order tu pun dah ramai yang beransur keluar. So, tempat tu memang susuailah untuk relax makan-makan sambil tenangkan fikiran ke sembang-sembang dengan kawan-kawan. 

Untuk first time nieyl nieyl order Chocolate latte rasanya, lupa dah nama dia tapi nieyl try hot sebabnya tekak tengah nak baik kan, nanti dah baik betul baru la minum ais hahaha.. sebab nieyl bukan orang yang suka minum coffee panas tau, kalau ais nieyl paling suka. Kalau nak belanja, kena belanja ais hehehe.. Bila dalam keadaan tertentu je minum hot.

Dan nieyl pun ada order makanan juga saja nak rasa sedap ke tak?nieyl order spaghetti bolognese chicken, harga dan portion dia tu sesuai lah untuk orang yang tak makan banyak. Nieyl suka makanan dia sedap cukup rasa. Lepas tu dia ada juga jual pastry, macam -macam jenis tapi nieyl tak try la sebabnya masa tu nak makan berat sikit. Insya'Allah next time nieyl nak try pastry dia pula..nanti nieyl share lagii..



 

19 January, 2016

COFFEE COTTAGE

by on January 19, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Nieyl tak terfikir pun akan ada cafe yang unik macam nie..
dikelilingi kucing sambil menjamu selera..
Rupanya kat Malaysia dah ada dah pun..

Coffee Cottage Cat Cafe yang beroperasi di SS15 Subang Jaya
mempunyai kelainan tersendiri. Selain menempatkan kucing-kucing yang comel, kafe ini menyediakan makanan dan minuman yang cukup menyelerakan dan istimewa.











COFFEE COTTAGE
OPEN : 1PM -11PM (setiap hari)
ADDS : 1-1,JALAN SS15/8A,47500 PETALING JAYA,MALAYSIA
FB : COFFEE COTTAGE
NO.TEL : 03-56130078


-LOVE NIEYL♥-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png