30 July, 2025

Melawat Anak Buah Di Hospital

Melawat Anak Buah Di Hospital | Hari sabtu selepas selesai majlis bertandang, nieyl ambil peluang untuk pergi ziarah anak buah nieyl ( anak abg ) dekat hospital yang baru selesai operation masuk besi di kaki kiri pada 24 Julai 2025. Kisahnya anak buah nieyl on the way balik kerja kemalangan dengan kereta dan mengakibatkan kecederaan di bahagian kaki kiri dia patah. Beberapa hari sebelum majlis akad nikah bella. Anak buah nieyl ni masih belajar lagi kebetulan dia cuti sem 2 bulan dia kerja, dia memang suka kerja. Tapi itulah, tak sangka benda macam ni terjadi, so..ni dia kena cuti panjang lah, kena tangguh sem 3, sampai boleh jalan semula.

Lepas selesai melawat tu on the way nak pergi ke parking kereta, nampak ada cafe coffee dekat hospital tu so, singgahlah sebab nieyl nak minum coffee. Sebelum-sebelum ni tak ada cafe ni maybe baru la kot, 
Selain air, ada juga makanan-makanan lain yang boleh order..cuba ketika itu nieyl tak ada rasa nak makan just nak minum je itupun take away je. 
Nieyl seperti biasa latte memang tak boleh dipisahkan, so kalau ada yang nak belanja nieyl tu latte tau hehehe..comel lah dia punya cup kan, malaysia sangat..dari segi harga ok mampu milik cuma rasa dia biasa-biasa je maybe boleh pelbaiki lagi rasa untuk setanding dengan cafe -cafe yang diluar sana.

6 comments:

  1. Get well soon to your anak buah.

    ReplyDelete
  2. coffee tu packaging dia menarik...

    ReplyDelete
  3. semoga cepat sembuh..anak buah Nieyl tu..
    sama..kak ayu pun, pantang je nampak kedai kopi kannn

    ReplyDelete
  4. semoga cepat sembuh buat anak buah niely, seriau bab eksiden ni especially students, berderau darah kalau baca news...huhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)