Outfit Majlis Bertandang | Nak buat outfit video maluu, jadi kita buat outfit story IG jela ya. Siapa yang follow nieyl dekat IG tu, dia dah tengoklah gambar-gambar ni. Now, nak share dekat blog sebab apa sahaja kalau boleh memang nak tulis dalam blog sebagai kenangan. Kalau dekat Story IG 24 hours hilang dah kan, kalau dekat blog ni forever..
Masih bertemakan warna Blue untuk majlis bertandang pada sabtu baru ni. Kasut nieyl tu first time nieyl beli brand Tomaz hasil hasutan bella hahaha, terus jatuh cinta dan akan beli lagi brand ni kena dengan kaki nieyl dan design yang simple tapi ada class.
Untuk bag comel tu actually nieyl nak pakai bag color biege ataupun cream tapi tak ada so, kita pakai jelah warna hitam. Bag ni nieyl beli masa ada dinner puspanita bulan 5 hari tu. Beli dekat shopee je..mur..mur sahaja..
Tutup muka sebab nak tunjuk inai di tangan nieyl tu. Pagi sabtu tu baru pakai sebab nieyl guna yang jenis sticker tu je. Cantik tak?Nieyl suka pakai sticker ni sebab lepas majlis, nieyl boleh terus bersihkan tak perlu nak tunjuk hilang sendiri macam inai lukis tu. Harga dalam Rm10 beli dekat Down Town Jalan Reko.
Untuk baju pula nieyl last minute beli dekat shoppe juga brand Zoe Arissa. Love dengan baju dia. Cuma untuk size plus size tu tak banyak pilihan sangat tapi kena pandai la cari-cari ya. Nieyl pilih baru warna biru putih, corak simple je. Harga dalam RM63.
Untuk selendang bahu nieyl beli di Tiktok berharga Rm12 lebih dan tudung nieyl pinjam kakak ipar je jimat hahaha..
Ok sekian, outfit nieyl masa majlis bertandang..
yag penting ada gaya
ReplyDeleteya, berkenan juga dengan brand ZA tu, tapi untuk linda macam singkat je bajunya..terasa nak tarik2 je baju.. hahaha....
ReplyDeletekasut tu lawa...
cantiknya Nieyl , baby blue ni memang kak ana suka sangat
ReplyDeletecantik....phewitttt 😻😻
ReplyDelete