31 July, 2024

Day 1 - Lunch di Selera Padi Emas

by on July 31, 2024

 

Day 1 -  Lunch di Selera Padi Emas | Hari pertama sampai JB pukul11.20 tengah hari. Lepas tu nieyl dengan syida tunggu afika pick up dekat airport, sebab afika dari Batu Pahat. Afika sampai lebih kurang dekat pukul12 lebih macam tu, terus je kita pergi kedai makan untuk makan lunch. Untuk makan lunch ni, afika bawa kitaorang pergi makan dekat kedai yang biasa mak ayah dia makan. So, disebabkan breakfast hanya makan roti je, lepas tu plan sekali sahaja makan nasi untuk hari pertama. Jadi, nieyl makan extra sikitlah hahaha.. 

nieyl ambil ikan bawal 3 rasa, sayur taugeh campur, udang 2 ekor, air teh o ais dan harga makan dan minum nieyl tengah hari tu adalah RM18.50, untuk nieyl agak keras juga ya harga dia hahaha..tapi xpelaa, mungkin rezeki makcik tu hari tu janji makanan dia sedap, cukup rasa dan banyak pilihan.


Good Morning

by on July 31, 2024


Assalamualaikum....
Selamat Pagi Rabu...
Hari ni nieyl tak bawa bekal, 
tadi sebelum pergi kerja, singgah kedai abg nieyl beli nasi lemak ngan karipap sardin..
sebab lunch hari ni ada majlis lambaian kasih Pengarah bahagian baru nieyl ni..
Hari ni bertema kan warna hijau..jenuh mengali cari baju warna hijau...
nieyl ditugaskan untuk jadi usher VIP nanti...

Selamat bekerja semua ♥

 

30 July, 2024

Stay di Chariton Hotel, Johor Bahru

by on July 30, 2024

 

Stay di Chariton Hotel, Johor Bahru | Ok jom nieyl sambung, selepas dah selesai beli tiket flight tu.. Masa untuk mencari hotel-hote yang dekat dan juga under bajet. Ha siapa tahu berapa bajet nieyl untuk hotel??Sama juga bajet untuk hotel nieyl adalah bawah RM100 untuk 3 Hari 2 Malam. Untuk hotel ni memang nieyl nak cari yang selesa dan bersih. Banyak juga yang nieyl survey, banyak yang menepati bajet cumanya banyak yang sold out. Tapi tak apa lah, nieyl teruskan juga mencari sampai nieyl puas hati dengan harga dan keadaan hotel yang nieyl nak stay. hahaha.. cerewet betul nieyl ni kan..

Last sekali nieyl jumpa satu hotel yang murah dan menepati bajet nieyl. Terus je nieyl minta syida tolong bookingkan melalui agoda.com. So, jom nieyl share macam mana bilik hotel yang nieyl stay untuk 3 Hari 2 Malam di JB. Nama hotel dia Chariton Hotel, kalau dari airport tu dalam 25-30 min .

Ini toilet dan bilik mandi..
Tv , jug dan Jug Cattle..

Untuk katil ni Alhamdulillah dapat single bed..
sebab kalau dalam booking tu sama ada single bed ataupun Queen bed + single bed..

Untuk hotel 3 Hari 2 malam total amount nieyl dapat adalah RM242.46 . Jadi nieyl bahagi 3 orang , jadi seorang bayar RM80.82 ..Alhamdulillah, sepanjang berada di hotel ni, kiteorang selesa dan puas hati. Dan jarak ke tempat-tempat yang kiteorang nak pergi pun tak adalah ambil masa berjam-jam dari hotel. Semuanya dekat-dekat sahaja. So, kalau sesiapa nak pergi JB tu, tak tahu nak duduk hotel mana, mungkin boleh try hotel yang nieyl share ni okay...





Dapat Harga Tiket Flight Murah

by on July 30, 2024


Dapat Harga Tiket Flight Murah | Bila kita nak pergi travel dalam atau luar negara perkara pertama yang kita selalu akan buat adalah survey harga tiket flight betul tak?Sama juga dengan nieyl masa nak pergi JB tu, ada orang kata alaa JB je pun itupun nak naik flight.. So what? Ikutlah kepada kemampuan dan kelaratan orang. Macam nieyl dengan syida ni tak biasa nak drive jauh-jauh dan lagipun kitaorang nak jimat tenaga drive berjam-jam mengadap jem semua tu. 

Berminggu juga nieyl dengan syida survey tiket nak dapat harga yang lebih murah. Bajet kitaorang adalah bawah RM100 pergi dan balik. Tapi nak dijadikan cerita, memang rezeki kitaorang dapat harga jackpot murah gila, terus je grab tak nak tunggu lagi dah,sebab rasanya harga yang kitaorang dapat tu adalah yang terendah dah tu. 

Cumanya nieyl tak ambil untuk pilih seat, nieyl dengan syida redha je dapat seat yang air asia bagi bila check in tu. Kalau ikutkan dalam resit tu total amount yang kitaorang kena bayar adalah RM171.44 untuk pergi dan balik. So, kalau bahagi 2 ..jatuh seorang RM85.60. masih dalam bajet nieyl, good jobs nieyl!

Nieyl memang tak ambil untuk pilih seat,sebab perjalanan ke JB mengambil masa lebih kurang 30-40 min sahaja. Jadi, takyahlah membazir nak pilih melainkan kalau pergi suami isteri ke, ada anak-anak ke itu mungkin kena beli lah kot seat . So, seat nieyl dengan syida sebelah-sebelah dipisahkan dengan lorong jalan tengah. Kira oklah masih lagi boleh senyum-senyum pandang sebelah hehehe..

Ini saja je lah nak share, pengalaman naik flight hari tu..Actually seat yang nieyl dapat adalah 31D, so.. dua seat sebelah nieyl tu 2 adik beradik berbangsa cina. Kakak nieyl heboh nak duduk tepi tingkap dan adik lelaki pula badan gempal sikit duduk sebelah nieyl. Sepanjang dalam flight tu, budak lelaki ni duduk memang tak nak mengalah betul, dahlah seat airasia untuk domestik ni sempit dan kecil, so..budak ni memang letak tangan dia lebih dari kawasan nieyl lah. Sebab dia sibuk main game dekat ipad dia tu, kejap-kejap senggul tangan nieyl. Aduhai..tak tenang dibuatnya..lepas tu duduk pula jenis terkangkang, dah nieyl tersepit terpaksalah mengalah menngiring badan ke sebelah syida tu.. Bayangkan 40 min nieyl kena mengiring, turun je flight..peh!urat belakang nieyl sakit gila weh.. nak tegangkan badan tu terasa sakit gila..

Sudahnya hati nak berjalan tapi badan urat ni sakit gila tegang dia, sampaikan nieyl kena cari kerusi urut hahaha..adoilah lawak!Itu masa dalam flight, masa nak ambil beg dekat atas tu pun sama budak yang sama , memang jenis tak menyabar la..main langgar je..aduhai rasa nak tarikkkk je telinga dia hahaha..

Itulah cerita nieyl nak share pengalaman dalam flight...korang ada tak pengalaman mcnie?ataupun lagi teruk...












Happy Tuesday

by on July 30, 2024

Assalamualaikum...
selamat pagi selasa..
semalam takdan nak menaip entry lagi..
biasalah kan hari pertama naik cuti..
settelkan kerja-kerja tertunggak hari jumaat dulu...

So, hari ni ada kelapangan sikit..
nanti nieyl cuba sharing tentang percutian singkat nieyl dekat JB tu..
Yang mana follow nieyl dekat Instagram atau TikTok mungkin dah tahu sikit-sikit..
kemana nieyl pergi sepanjang dekat sana tu...
Nanti lebih detail nieyl share dekat blog ok..

breakfast nieyl pagi ni..
mak nieyl kalau sediakan bekal. memang suka penuh..
padahal nieyl makan tak banyak..
jadi, nieyl akan bahagi 2..
nanti pukul10 kang makan sikit lagi..

Korang breakfast apa hari ni?



 

29 July, 2024

Holiday is Over

by on July 29, 2024

 

Assalamualaikum
Selamat pagi isnin
3 hari bercuti memang rasa bagaikan sehari je tau..
overkan..sebab dah lama x pergi Me Time dengan kawan-kawan sebenarnya...
apa-apa pun minggu ni mmg tak boleh move on lagi..
banyak sangat gambar nak spam nanti..
nieyl pun ada buat 2 video trend TikTok sekarang...hehehe..
tapi nanti korang follow la nieyl dkt TikTok Okay...
Gambar-gambar nieyl share dekat Instagram nieyl...


TikTok nieyl : Click SINI
Instagram nieyl : Click SINI

Dalam blog pun nanti nieyl update okayy...
Selamat bekerja...

26 July, 2024

Today is The Dayyyy

by on July 26, 2024


Setelah sebulan buat perancangan, akhirnya hari ini sudah tiba....
InsyaÁllah pukul10.20 nieyl akan fly ke JB untuk jumpa Afika dan jalan-jalan dekat sana..
selama 2 hari, korang doakan nieyl selamat pergi dan balik okay..
Nanti nieyl share tempat-tempat yang nieyl pergi okay...

Jumpa Hari Isnin nanti okay...
InsyaÁllah...

 

Salam Jumaat

by on July 26, 2024

 


Assalamualaikum...
Salam Jumaat semua...
Semoga hari ini kita semua diberikan limpahan rezeki dan dipermudahkan segala urusan..

Selamat Bekerja kepada yang bekerja...
niey?kita cutiiiiii la wakkkk...hihihihi

25 July, 2024

Pemberian Dari Makkah

by on July 25, 2024

 

Pemberian Dari Makkah | Alhamdulillah, rezeki nieyl lagi hari ini dapat ole-ole dari Pegawai nieyl yang telah menunaikan Haji tahun ni, dia bari nieyl air zam zam, kekacangan, kurma dan juga bag sling yang sangat comel dan boleh letak handphone. 

Nieyl bersyukur sangat dikelilingi dengan orang yang baik-baik, walaupun pangkat mereka ni jauh lebih tinggi dari nieyl tapi langsung tak kekok, ataupun berkira dengan yang bawah-bawah ni. Puan yang beri nieyl ole-ole ni kan suka sangat bersedekah tau, dulu boleh dikatakan setiap bulan dia akan beli makanan untuk dikongsikan bersama-sama. 

Allah juga pernah menguji Puan ni dengan Penyakit kanser tetapi Alhamdulillah Allah memilih untuk sembuhkan Puan sehingga bebas kanser, dan Puan tidak berhenti memberi .. Kalau nieyl hantar bawang goreng ke peria ke dekat rumah puan, dia mesti akan membalasnya dengan bagi nieyl makanan untuk nieyl bagi pada Mak. 

Satu yang nieyl belajar, bersedekahlah selalu sebab kita tak akan rasa miskin pun malah Allah akan gantikan sesuatu yang lebih baik. Jomlah kita sama-sama amalkan amalan bersedekah ♥




TikTok TikTok Khamis Dah Hari Ni

by on July 25, 2024

Assalamualaikum....
Mood dari pagi sampai ke pejabat memang tersenyum je..
Masuk kereta tadi on the way ke pejabat pun radio pasang lagu-lagu yang naikkan mood..
Jadi, hari ini kita bekerja dengan senyuman sepanjang hari hihihi...

Alhamdulillah mak nieyl dah sihat...
pagi tadi dia buat pisang goreng untuk breakfast...
pisang ni mak tiri nieyl bagi dari kebun dia..

korang breakfast apa hari ni?
Happy working dan pada yang bercuti hari ini...
I jelous yooouu cc: kak ayu @ mummy ayu

 

24 July, 2024

Murah rezeki selalu orang yang memberi

by on July 24, 2024

Murah rezeki selalu orang yang memberi | Pagi tadi niat dihati pergi aras 3 nak ambil ketupat dan rendang, kawan nieyl jual dekat pantry. Bila dah sampai aras 3 tu, memang melekat sebab kakak-kakak bahagian nieyl dulu ada duduk aras 3 tu juga, jadi kita ambil bahasalah sikit pergi bertegur sama dan kak shikin bagi coklat dekat nieyl. Coklat ni nieyl tak pernah makan , dan tadi nieyl makan rasa dia sedap tapi biasalah manisss...

Lepas lunch tadi nieyl pergi aras 3, nak jumpa syida sebab dah seminggu tak jumpa sambil tu sembang-sembang tentang nak pergi JB nanti.Sekali tu kak shikin hulurkan rotiboy untuk nieyl, Alhamdulillah rezeki nieyl, dan semoga Allah murahkan rezeki kak shikin sekeluarga..Aminnnn..

 

Wednesday...

by on July 24, 2024

Assalamualaikum...
Selamat pagi rabu...
Pagi ni nieyl lewat gerak dari rumah...
Pagi ni mak nieyl tak sihat..
jadi, nieyl kena buat sarapan dan bekal sendiri..hihihi..
mula-mula rasa macam malas nak masak..
nak beli je nanti dekat cafe...
tapi bila fikir balik matlamat penjimatan..
jadi, nieyl masak la pagi2...
ala, masak nasi goreng untuk breakfast pagi ni je..
lepas tu kakak nieyl bekalkan 3 ketul karipap sardin...



Karipap sardin yang nieyl makan hari-hari ni , karipap kakak nieyl buat..
dia jual dekat kedai, lepas tu dia buat frozen juga...
frozen nieyl jual dekat office hahaha..

Selamat bekerja semua...


 

23 July, 2024

Fun Run Pilihan Nieyl 2024

by on July 23, 2024

 

Fun Run Pilihan Nieyl  2024 | Rindunya nieyl nak join balik Fun Run..actually untuk 6 bulan kebelakangan ni memang nieyl tak dapat nak join mana-mana fun run. Gambar yang atas tu tahun lepas punya tau, untuk tahun ni belum lagi collect Medal. 

So, pagi tadi sempatlah berbincang dengan anak buah nieyl yang suka join fun run ni. Jadi, kitaorang dah pilih beberapa Fun Run yang nak join start bulan Ogos ni.  Cuma kalau nak join Fun Run ni dia kena ada duit, biasanya nieyl letakkan bajet untuk Fun Run RM50 dan ke bawah. Cuma kalau ada yang special Fun Run tu kena labur lebih sikit lah modal hehehe..

Jom nieyl share 3 Fun Run yang akan nieyl join bermula bulan Ogos, September dan juga Oktober. Setalat ini baru 3 yang menarik minat nieyl untuk join. 

Untuk bulan ogos, nieyl akan join Merdeka Fun Run yang akan berlangsung pada 31 Ogos 2024 bertempat di Cyberjaya. Track Cyberjaya ni mencabar sikit sebab dia ada track macam naik bukit depan MMU tu, nieyl pernah join sekali je track ni itupun minta nyawa hahaha.. 
Yang kedua pada bulan September 2024. Yang ini baru je last week dilancarkan , nieyl memang excited nak join keluarga malaysia punya Fun Run. Harga dia pun tak mahal, masih lagi under bajet nieyl. Sebelum-sebelum ni nieyl join yang 3 KM je, nampaknya kali ni banyak yang 5km..bertabahlah nieyl oi..

Yang ke-tiga ni special sikit tau, harga dia pun special sikit nampaknya  nieyl kena minta husband sponsor sikitlah. Nieyl memang minat filem transformers ni so, nieyl tengok T-shirt dan Medal dia pun memang cantik dan nieyl nakkkk...Oleh itu kita join insyaÁllah...

Cumanyaaa...start awal bulan 8 ni, nieyl dah kena start training dulu untuk brisk walk dan jogging supaya bila fun run nanti tak adalah sakit kaki ke betis ke kan..sebab nieyl dah lama tinggal dah jogging ni. Nanti kalau sesiapa join fun run dekat 3 tempat ni, bolehlah roger-roger nieyl..


Happy Tuesday

by on July 23, 2024

 

Assalamualaikum....
selamat pagi...
hari ni syida dah masuk kerja..
baru je tadi jumpa dia dekat lobi sbb nak serahkan seasons pass parking...
skali tu dua-dua pakai baju hijau hari ni hahaha...
sama tone color hari ni...

Hari ni nieyl bawa bekal bihun goreng dan karipap..
sekarang ni nieyl memang tengah suka makan karipap sardin..
nieyl akan makan sampai rasa tak nak makan baru nieyl akan stop..
hihihihi...

Korang breakfast apa hari ni?
happy working!

22 July, 2024

Resepi Corn Ribs

by on July 22, 2024

 

Resepi Corn Ribs | Inilah dia bila selalu sangat terdedah dengan TikTok, bukan sahaja teracun membeli belah barang, kadang-kadang teracun dengan benda-benda yang viral ni. Tapi kalau masak memasak ni teracun suami tak marah, sebab isteri dia rajin memasak hehehe.. Actually benda ni kan dah banyak kali dah lalu lalang tapi tak ada mood lagi nak try sebab kena cari jagung. Bila kebetulan ternampak jagung, terus teringat nak buat..so, jom tengok apa resepi dia..

Bahan-bahan

Jagung
Butter
Bawang Holland dan bawang putih
Chili Flakes
Fresh milk
Paprika
Serbuk kari
Garlic powder
Cooking Cream/susu pekat
Black Papper
Garam
Mixed herbs
Lemon Juice

Cara Memasak
  1. Jagung di potong 3, kemudia dibelah memanjang dan direbus seperti biasa jangan lupa letak garam tau
  2. Panaskan kuali, masukkan butter, bawang holland, bawang putih dan chili flakes.
  3. Kemudian masukkan susu fresh, paprika, serbuk kari, garlic powder, susu pekat / cooking cream, black papper. garam, mixed herbs dan lemon juice. 
  4. Last sekali masukkan jagung yang telah di rebus tadi ke dalam sos yang kita dah buat tadi, gaul rata dan boleh hidang.
Rasa dia macam buttermilk pedas-pedas manja..sedapppp..ada juga yang lepas rebus jagung tu, dieorang goreng jagung tu pula, rasa dia extra sedap lagi. 

Selamat mencuba...



Alamak..ada Paparazzi lah

by on July 22, 2024

Alamak..ada Paparazzi lah |  Hari tu masa gerak ke kereta nak balik sebab jam dah menunjukkan pukul4.30 petang. Ha..waktu-waktu ni nieyl memang dah bergerak ke kereta. Nak dijadikan cerita semalam masuk je kereta, start dan biarkan enjin panas sekejap sementara tu nak belek handphone sekali dapat whatsapp dari Kak Ziehan PA bahagian lama nieyl, dia hantar gambar nieyl tengah buka pintu kereta. hahaha.. nieyl pun terlupa, dia punya bilik tu memang boleh nampak terus ke tempat parking kereta. hahaha..

Pagi semalam pun sama. Nieyl sampai je bilik kak emmy whatsapp nieyl ajak teman pergi beli makanan dekat cafe. Nieyl cakap macam tahu-tahu je nieyl dah sampai, dia cakap dia nampak nieyl dari bilik dia baru sampai ke parking tadi hahaha.. amboi masing-masing skodeng nieyl ni...

Sejak-sejak jadi PA ni nieyl memang datang dan balik On time hahaha..nieyl tak tunggu pun melainkan kalau boss suruh tunggu. So far, memang 4.30 petang je nieyl dah hilang dari radar office..hehehe.. heaven kan , sampai rumah sekarang pun 4.45 petang dah sampai rumah, boleh mandi dan rehat-rehat petang dekat rumah. Aah office nieyl dekat je dari rumah kalau tak jem memang 15min sampai tapi kalau jem boleh bawa ke 1 jam. Dan sebab itulah nieyl kena gerak dari office pukul4.30 dan paling lewat pun 4.35 petang kalau tak nak tersangkut jem. 

Happy Monday

by on July 22, 2024


Assalamualaikum...
Selamat pagi isnin...
Semoga hari isnin ni kita tak monday blues ya...
this week nieyl kerja 4 hari je..
Jumaat nieyl cutiiii...

Hari ni nieyl bawa breakfast meggi goreng..
dan karipap 3 ketul..
tadi ada kirim kawan nieyl pisang goreng dan keledek goreng..
untuk minum pagi pukul10 nanti...

Selamat bekerja semua..

 

19 July, 2024

Polo Tournament Start Petang Ni

by on July 19, 2024

 

Polo Tournament Start Petang Ni | Tournament Polo start 19-27 Julai 2024 di Taman Ekuestrian Putrajaya. Untuk tahun ni nieyl support dari jauh jela sebab for sure petang ni memang penuh dengan gadis-gadis. So, jangan pelik kenapa penuh ya hahaha...Mengikut kepada pengalaman tahun yang lalu, kalau RPPC main, memang akan full house, tapi kalau team lain main tempat duduk tu masih banyak lagi ruang. Sebab last year nieyl pergi beberapa hari juga sepanjang tournament so, nieyl tahu la macam mana keadaan tempat tu..

Untuk petang ni hari pertama tournament dimulakan dengan slot pukul3.30 petang dan juga slot kedua pukul 5.00 petang. Slot yang kedua petang ini menjadi tumpuan ramai hahaha..



kenapa?nampak dah kan atas sekali tu nama siapa..ha..itu juga sebab pertama kenapa hari ini akan jadi full house. Nieyl dah tak excited sangat sebab dah pernah rasa suasana dekat sana dan pengalaman pertama tengok sukan polo ni. Tadi nieyl jenguk-jenguk media sosial peminat TMP ni, wah..semua excited nak datang petang ni, semua nak jumpa TMP..so, nieyl doakan yang mana pergi tu dapatlah jumpa TMP tu ya.. Kalau TMP tak join petang ni, janganlah terus balikk, teruskan bagi support dekat team dieorang kan.. Goodluck RPPC♥

Tolong Buang Akar Taugeh

by on July 19, 2024

Tolong Buang Akar Taugeh | Bila hari cuti Raisya memang banyak habiskan masa dia dekat rumah nieyl. Bangun tidur ke dengan tak mandi, rambut serabainya tu datang rumah. hahaha.. Kalau tanya kenapa tak mandi lagi, dia kata nak mandi rumah nieyl. Jadi, baju-baju dia tu banyaklah ada dekat rumah nieyl tu. Bila-bila dia nak mandi rumah nieyl, dia datanglah ikut suka dia. 

Weekend selalunya nieyl akan masak, jadi bila dia ada dekat rumah tu, nieyl memang kerah tenaga dia buat kerja hahaha..tak adalah, saja nak ajar dia buat kerja dapur sikit-sikit. Kali ni nieyl minta tolong dia buangkan akar taugeh sebab masa ni nieyl nak buat kerabu taugeh. 

Dia tak panggil akar taugeh, dia panggil ekor taugeh..aduhai budak ni..membebel buat tu tapi lama-lama siap juga.. Tapi dengarlah dia membebel cakap bila nieyl nak datang tolong dia ni..hahaha..nieyl buat 2 lepas tu nieyl masuk dapur balik, saja biar dia buat sampai habis. Bila dah habis tu, dia akan cakap jangan suruh adik buat kerja lagi ya...penat lah..dia nak main pula hahaha..

Umur raisya dah 6 tahun, tapi celoteh dia tu kan dah macam orang tua. Kalau makan tu asyik jela nak bercerita, sampai kadang-kadang mak nieyl marah, cakap makan mana boleh bercakap. Dia jawab kalau tak bercakap macam mana mulut nak muka masuk makanan..korang rasaaa...aduhai budak niii...

 

Bertemu lagi Jumaat

by on July 19, 2024

Assalamualaikum...
Salam jumaat..
Pagi tadi kan nieyl sebenarnya sampai awal dekat office..
before pukul7.30, masa dekat parking tu nak check in kehadiran guna apps..
tiba-tiba pula lain telefon tak ada, macam duduk dalam gua...
dah sudah, plan hari ni nak balik awal ni...
terus restart phone..sambil tunggu tu naik ke office terus...

Dah sampai dekat bilik..
tengpk phone dah ada line dah...
tapi check in pukul7.35 nasib baiikk...
klu tak boleh tadi, jenuh nak check in pukul berapa kan...

Dugaan nieyl pagi ni...
Nasib baik semua under control..
hari ni nieyl breakfast karipap dan bihun goreng...

happy working..

 

18 July, 2024

Setelah sebulan, jomlah kita tukar

by on July 18, 2024

 

Setelah sebulan, jomlah kita tukar | Apa yang nieyl nak tukar tu?pewangi bilik office nieyl, sebelum yang lalu nieyl guna pewangi dari lovely lace kan, so..untuk bulan july ni nieyl tukar ke ambi pur pula. Kebetulan semalam nieyl keluar lunch singgah watsons ada offer membership teruslah grab satu. Mula-mula tu rambang hidung juga tak tahu nak pilih mana satu sebab semua wangi. Tapi kalau bilik lebih sesuai bau lavender lebih relax sambil buat kerja. Orang masuk bilik nieyl pun tenang je sebelum masuk bilik boss kan hehehe.

Korang pernah guna ke ambi pur untuk room?selalu ambil yang mana?

Sampai Office Bau Wangi

by on July 18, 2024


Assalamualaikum...
Selamat pagi khamis..
bila dah nak menuju weekend ni..
badan pun mula mengada-ngada tau..
nieyl masih breakfast bersendirian..
aduhai..lambatnya Syida nak masuk kerja balikk...

Bila breakfast sorang-sorang tu..
lambat sikitlah start makan..

korang, nieyl baru beli lotion baru letak dekat office..
nieyl kan lebih 8 jam duduk dalam office beraircond je kan..
nieyl suka bau lotion ni wangi, lembut, sweet...
bila pakaikan kulit jadi lembut dan wangii..
dia ada habbatus sauda juga..
yang pentingg anti ageing..

17 July, 2024

Urusan Hotel Pun Dah Settel

by on July 17, 2024

 

Urusan Hotel Pun Dah Settel | Yang mana follow blog nieyl mesti dah tahu kan nieyl nak pergi JB minggu depan. Entry ni  nieyl dah cerita yang nieyl dah settel beli tiket flight dan kenapa nieyl pilih untuk naik flight. Untuk entry hari ini nieyl nak update yang urusan hotel sepanjang berada di JB pun Alhamdulillah dah selesai kita buat booking. Itupun nieyl cari yang betul-betul dekat untuk nieyl dan kawan2 mudah untuk bergerak sepanjang dekat sana nanti..

Kalau tengok calender hari ini, ada lagi 9 hari sebelum nieyl pergi bercuti dengan afika dan syida. Tiket flight dan hotel dah settel, so minggu ni plan nieyl nak settelkan itinerary 3 hari 2 malam di JB pula. Ha..selalunya kalau bab itinerary memang nieyl yang akan buat, sebelum confirm..nieyl akan tunjuk dulu dekat dieorang, kalau-kalau ada tempat-tempat yang dieorang nak pergi dan kita boleh bincang adjust masa. Nampak je 3 hari 2 malam kan, tapi sebenarnya masa untuk  berjalan dalam 1 hari setengah sahaja. Hari ke -3 flight balik KLIA awal. Sebab isnin tu nieyl kerja, tak nak ambil cuti sebab jumaat dah ambil cuti hehehe..nanti bulan 9 nak ambil cuti lagi.

Sambil-sambil nak buat itinerary ni, nieyl tengah fikir juga outfit yang nak pakai dekat sana. Kalau boleh pakaian pun nak bawa seminimum yang boleh. Kalau ikut kiraan nieyl tu, dalam 3 baju jalan, 2 baju tidur..so, total 5 pasang je..cukup la kan..

Oklah nanti nieyl akan update lagi tentang percutian singkat nieyl dengan kawan-kawan dkt JB okay. 



Resepi Lala Masak Pedas

by on July 17, 2024

Resepi Lala Masak Pedas | Semalam kan nieyl share yang nieyl ada beli lala dekat pasar borong tu kan, so weekend nieyl memang akan masak. Nieyl bagi mak nieyl berehat masak. Dah beli lala tu, balik nieyl terus cuci bersih-bersih dan toskan dulu..Masa ni tak fikir lagi nak masak apa, selalu nieyl masak sos je so kali ni nieyl fikir nak masak ala-ala thai sikit lah..cumanyaa nieyl terlupa beli sos thai, jadinya nieyl masaklah mengikut citarasa tekak nieyl tapi sodap hahaha..puji diri sendiri pulak..

Bahan-bahan

Lala
Bawang Merah
Bawang Putih
Serai
Halia
Cili kisar
Sos cili kimballs
Sos tiram
Garam
Gula
Daun limau purut

Cara memasak
  1. Bawang merah, bawang putih, halia, serai dikisar kasar dan tumis dengan minyak sehingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar, kacau sehingga pecah minyak dan masukkan sedikit air
  2. Masukkan daun limau purut, garam, gula, sos tiram dan sos cili ,kacau sehingga sebati
  3. Masukkan lala , masak sehingga lala terbuka, kalau dah terbuka tu dah masak dan boleh dihidangkan.

selamat mencuba...

p/s: tapi kalau rumah korang ada sos thai tu, gunalah..tak yah guna sos cili kimballs tu tau...nieyl sebab tak ada pilihan itu je yang ada, kalau letak sos thai tu rasa dia lebih sedapppp...hehehe

 

Breakfast Bersendirian

by on July 17, 2024


Assalamualaikum...
selamat pagi rabu...
dah breakfast ke tu..
minggu ni nieyl breakfast dekat tempat je..
sebab syida seminggu tak ada dekat office..
dia berbengkel dekat luar...

Jadi, sambil breakfast..
sambil la kita layan Kdrama ya pagi-pagi ni hahaha..
buat teman di pagi harii...

Happy working semua..

 

16 July, 2024

Seronok Pergi Pasar Borong

by on July 16, 2024

 

Seronok Pergi Pasar Borong | Dulu bila sebut je pasar borong aduhai terasa malasnya nak pergi sebabnya nak mengadap jem seri kembangan tu. Itu masa nieyl rasa kuasa membeli paling murah adalah di Segi fresh dan  juga pasar pagi tempat nieyl tu. Tetapi bila harga barang makanan semakin hari semakin tinggi, nieyl kena fikirkan penjimatan dalam berbelanja walaupun hanya nieyl, husband, mak ayah je duduk di rumah tu. 

Sebelum ni setiap minggu nieyl akan berbelanja rm200 seminggu untuk bahan basah dan sayur-sayuran. Tapi bila nieyl dah jatuh cinta dengan pasar borong ni Alhamdulillah nieyl hanya bawa duit dalam wallet RM100 sahaja. Nieyl boleh dapat sayur-sayur dan bahan basah untuk seminggu. Bestkan dari seminggu RM200 sekarang hanya RM100 je..meloncat kegembiran nieyl dan duit lebih boleh saving dekat mana yang patut. 

Nieyl share sikit barang basah yang nieyl beli weekend hari tu, untuk stok seminggu nieyl. Nieyl sertakan harga sekali, pada nieyl murah dah tu tapi tak tahulah kalau tempat korang lagi murah dari nieyl kan. Oh ya, nieyl pergi pasar borong selangor tau.

Ikan kembung size XL ni paling fav nieyl setiap minggu memang wajib nieyl beli. Harga ikan kembung ni minggu lepas RM12.50 sekilo, nieyl ambil dalam 7 ekor biasanya boleh masak 2x. 

Ikan sardin size besar juga, sekilo RM9.50 dan sama juga nieyl ambil dalam 7 ekor. Ini kalau goreng panas-panas, makan dengan nasi , sambal belacan tambah ulam...yum..yum..bertambah nasi ya kawan-kawan..tak pun buat kuah laksa campur pula dengan ikan kembung..waduh..yang ni nieyl bayar RM8.50..

Ikan bawal hitam besar ni nieyl beli 2 ekor, minta dia buang insang, perut semua dan potong 3..yang ni nieyl lupalah sekilo berapa tapi yang ni nieyl bayar RM18. Yang ni masak kari pun sedap kan...
Last sekali nieyl beli Lala teringin pula nampak hari tu, sekilo dalam RM8.00, yang ni nieyl pilih sendiri, bukan yang dah siap paket tu.Ha..puas hati dapat pilih yang elok-elok..

4 item ni jela barang basah yang nieyl beli untuk seminggu. Kenapa nieyl tak beli udang, ketam sebab dekat rumah nieyl semua orang tak makan. Jadi, memang kitaorang makan daging, ayam, ikan sahaja. Selain dari tu nieyl akan beli sayur-sayur lah memang murah-murah ya, sayur pun nieyl habiskan dalam RM30 lebih kurang cmtu..ada baki tu nieyl akan beli minyak masak dan telur sepapan. Ha..habislah RM100 tuuuuu...

Ha..macam itulah nieyl berbelanja setiap minggu sekarang. Nieyl akan keluar rumah pada 6.30 pagi, sampai pasar borong tu dalam pukul7. Walaupun macam jauh sikit dari rumah tapi seronok dapat jimat dan dapat barang basah yang fresh... Serius tau , memang fresh walaupun ikan kembung tu dah 4 -5 hari dalam fridge, bila masak manis ikan tu masih lagi ada.  Sebab itulah mak ayah kita dulu suka pergi pasar pagi daripada beli dekat kedai acheh ke super market..sangat berbeza rasa dan nilai wang kita tu. Kalau nak berjimat, memang kena susah sikitlah kan. 

Ok itu je cerita tentang pasar borong, apa-apa pun harga barang dekat tempat korang macam mana?sama naik juga ke?

Nieyl dapat Gift dari Tanah Suci

by on July 16, 2024

 

Nieyl dapat Gift dari Tanah Suci | One of my kakak dekat pejabat bulan 5 hari tu dapat rezeki panggilan ke Tanah Suci mengerjakan ibadah haji. Masa sebelum berangkat tu dia ada buat majlis doa selamat sikit dan nieyl pun berkesempatan hadir sama dan dia ada sedia satu buku nota doa untuk dibacakan di sana. 

Nieyl tak lepaskan peluang untuk menulis setiap doa-doa yang nieyl nak dibacakan di sana. Walaupun belum ada rezeki lagi nak ke sana tak apa lah, kita sampaikan melalui orang lain dulu. Antara doa yang nieyl kirimkan adalah kesejahteraan mak ayah nieyl, suami, adik beradik dan nieyl juga kirimkan doa supaya Allah kurniakan nieyl zuriat yang soleh dan solehah satu hari nanti...

Sekarang kakak tu dah pun balik, dan dah mulakan kerja minggu ni. Dan dia berikan nieyl sejadah  yang ada tulis nama nieyl dalam bahasa jawi. So sweet ...Alhamdulillahh...sebab nieyl memang teringin nak beli sejadah yang boleh tulis nama nieyl...rezeki kan..

Semoga satu hari nanti kita semua yang membaca entry nieyl ni, diberikan kesempatan dan rezeki menjejakkan kaki ke tanah suci InsyaÁllah...Aminnnn

Deko Majlis Retirement Simple

by on July 16, 2024

 

Deko Majlis Retirement Simple  | Semalam tak sempat nak buat entry, hari ni barulah ada free time sikit nak menaip panjang dalam entry. Banyak sebenarnya yang nieyl nak share dalam blog, baru sempat masukkan gambar je dulu, masih dalam draf. Nanti tinggal nak taip cerita je. Minggu ni bos-bos nieyl semua tak ada dekat pejabat, dieorang pergi Bengkel back to back..hihihi..nieyl dekat office jadi permaisuri lah sekejap sambil-sambil menyiapkan entry-entry yang tertunggak ni. 

Khamis lepas kan nieyl ada cakap yang nieyl balik kerja lewat sikit sebab bahagian lama nieyl minta tolong deko kan pentas utama untuk majlis persaraan timbalan pengarah nieyl yang lama. Nieyl guna barang-barang yang nieyl ada simpan dalam stor bahagian lama nieyl je, cuma adalah kain yang nieyl minta kelab beli.

Tadaa..inilah hasilnya idea yang nieyl curahkan dalam masa yang singkat. Deko ni dia kena ada time dia, untuk kita fikir apa yang sesuai dan apa yang boleh digunakan. Disebabkan kesuntukan masa dan tenaga sebab nieyl terpaksa pula lari dari aras 5 ke aras 2, jadi kita buat apa yang termampu sahaja. 
Ini kenangan nieyl bersama hasil kerja nieyl. Ini pun nasib baiklah kak emmy ajak bergambar sebelum majlis, kalau tidak..tak ada gambar dekat sini. Majlis pagi tu adalah majlis persaraan dan belah petang pula kita tukar perkataan happy retirement tu kepada Good Luck dan salam perpisahan untuk pegawai nieyl yang berpindah keluar ke kementerian lain. Yang itu nanti nieyl akan share juga entry dalam minggu ini insyaÁllah..