Showing posts with label Fun Run 2024. Show all posts
Showing posts with label Fun Run 2024. Show all posts

04 November, 2024

Go Green Fun Run 2024

by on November 04, 2024

 

Go Green Fun Run 2024 | Kali ni nieyl join fun run dekat Kampung tempat nieyl tinggal. Ini program yang julung kali diadakan. Jadi, yang join fun run ni pun orang-orang kampung juga dan juga sekitar daerah sepang. Boleh tahan ramai jugalah, so nieyl 7.00 tu dah bergerak dari rumah jalan kaki ke padang. Sampai-sampai je kita join dulu zumba untuk regang-regangkan apa yang patut sebelum kita lari. Lama juga sampai berpeluh juga la buat zumba dia ni, belum lari dah kepenatan hahaha..lemahhhhh...

Kitaorang dilepaskan dalam pukul8.20 pagi, dan bermula larian sebanyak 3km. Walaupun dalam kawasan kampung je, tapi boleh tahan juga penat dia sebab naik turun bukit semua ada. Nieyl macam biasa half berlari, half brisk walk. 

Bila dah nak sampai ke penamat, jurukamera snap gambar masa ni kitaorang bukan terakhir tau..hehehe..walaupun belakang tu macam tak ada orang, kitaorang group yang tengah-tengah sampai dan ada lagi belakang tu yang belum sampai. 
Cantik tak medal dia?warna hijau grey. ini rasanya medal ke dua yang nieyl dapat warna hijau.

Setiap kali selesai larian, nieyl akan ambil gambar dekat tempat start/finish ni. Sebab nieyl nak cakap yang nieyl bangga dengan diri sendiri sebab berjaya habiskan 3km ataupun 5km. Bukan mudah ya nak habiskan bila kita dah start. Rasa macam kaki ni di seret-seret sampai ke garisan penamat tu hahaha. 

Sebelum balik tu, nieyl terjumpa dengnan mak andam nieyl masa kenduri belah husband. Ya Allah asal dia makin kurus, nieyl makan membesar ni hahaha. Mak andam nieyl ni sekarang memang aktif zumba-zumba ni. So, dia join dekat program tu pun sebab group zumba dia jadi coach zumba program tu. 

Apa-apa pun kena semangat untuk SIHAT..


30 September, 2024

Come Back On Track 2024

by on September 30, 2024

 

Come Back On Track 2024 | Rasa gementar bila nak start balik join Fun Run ni tau. Last nieyl join tahun lepas bulan Disember 2023. Now nieyl start balik bulan September 2024 jarak dia dalam 8 bulan juga ya nieyl tak join. Jadi, semalam nieyl join semua sebagai permulaan yang baru  2024 ni nieyl ambil 5kn hahaha...3km tak ada lah sis jadi 5km kita redah sahaja laa..

Untuk kali ni bertemakan color biru untuk keluarga Malaysia. Bila cakap track di Cyberjaya ni actully nieyl dengan anak buah nieyl tu confident je track yang sama sebab kitaorang pernah sekali ke dua kali ikut track fun run area Cyberjaya ni. Jadi kita pun kejap-kejap lari, kejap-kejap brisk walk hahaha.. Sambil menikmati pemandangan indah pagi di Cyberjaya. 

Sekali tu kena Scam lah kali ini dia tak ikut track yang biasa nieyl lalu, kali ini dia bagi kita 4x mendaki bukit ya sis, memang rasa minta nyawa membawa beban ni hahaha. Kaki ni bila naik bukit rasa macam tak bergerak pun dia punya mendaki tu kan. Sampai minta anak buah nieyl tarik lah hahaha..

Mendaki bukit adalah sangat sengsara bila kita tak cukup stamina tau. Apa-apa pun Alhamdulillah akhirnya sampai juga ke finish line tepat pada 8.30 pagi. Lebih kurang 1 jam jugalah sebenarnya itu dah lambat, kalau 5km sepatutnya kurang dari 1 jam tapi tak apalah kita santai-santai dulu untuk permulaan ni. 

Tadaa cantik tak medal dia, nieyl suka kalau medal yang ada lebih dari 1 color. Kalau jenis yang 1 color je tu macam biasa je rasanya. hehehe..Ini medal fun run nieyl yang ke 6 ke 7. Tak ingat..

Untuk kali ini special sikit medal kita boleh custom nama pada medal. So, nieyl ambil peluang ni ukur nama nieyl pada belakang medal untuk nampak dia lebih special. Tak semua tempat Fun run disediakan tempat untuk custom nama macam ni, ada sesetengah tempat je akan buka booth untuk custom nama. Harga dia pun pada nieyl ok la 1 nama RM10 kalau nak tambah date kena tambah lagi RM5. 
Nieyl bermula Fun Run ni sebab terpengaruh dengan budak sorang ni la.. Dia lagi hebat dari nieyl medal dia dah banyak. So, sekarang ni dia lah peneman nieyl kalau nak join Fun Run sebab husband nieyl dia tak minat dengan fun run. InsyaÁllah dalam perancangan ada 2 lagi Fun Run yang dalam short list nieyl. Target nieyl tahun ni atleast nak 5 medal. So, kita tengok nanti macam mana..nieyl akan share update hobi fun run nieyl dalam blog okay..

Nieyl ada share video-video Fun Run nieyl dekat TikTok nieyl nanti kalau korang nak tengok boleh Click Here okay..



23 July, 2024

Fun Run Pilihan Nieyl 2024

by on July 23, 2024

 

Fun Run Pilihan Nieyl  2024 | Rindunya nieyl nak join balik Fun Run..actually untuk 6 bulan kebelakangan ni memang nieyl tak dapat nak join mana-mana fun run. Gambar yang atas tu tahun lepas punya tau, untuk tahun ni belum lagi collect Medal. 

So, pagi tadi sempatlah berbincang dengan anak buah nieyl yang suka join fun run ni. Jadi, kitaorang dah pilih beberapa Fun Run yang nak join start bulan Ogos ni.  Cuma kalau nak join Fun Run ni dia kena ada duit, biasanya nieyl letakkan bajet untuk Fun Run RM50 dan ke bawah. Cuma kalau ada yang special Fun Run tu kena labur lebih sikit lah modal hehehe..

Jom nieyl share 3 Fun Run yang akan nieyl join bermula bulan Ogos, September dan juga Oktober. Setalat ini baru 3 yang menarik minat nieyl untuk join. 

Untuk bulan ogos, nieyl akan join Merdeka Fun Run yang akan berlangsung pada 31 Ogos 2024 bertempat di Cyberjaya. Track Cyberjaya ni mencabar sikit sebab dia ada track macam naik bukit depan MMU tu, nieyl pernah join sekali je track ni itupun minta nyawa hahaha.. 
Yang kedua pada bulan September 2024. Yang ini baru je last week dilancarkan , nieyl memang excited nak join keluarga malaysia punya Fun Run. Harga dia pun tak mahal, masih lagi under bajet nieyl. Sebelum-sebelum ni nieyl join yang 3 KM je, nampaknya kali ni banyak yang 5km..bertabahlah nieyl oi..

Yang ke-tiga ni special sikit tau, harga dia pun special sikit nampaknya  nieyl kena minta husband sponsor sikitlah. Nieyl memang minat filem transformers ni so, nieyl tengok T-shirt dan Medal dia pun memang cantik dan nieyl nakkkk...Oleh itu kita join insyaÁllah...

Cumanyaaa...start awal bulan 8 ni, nieyl dah kena start training dulu untuk brisk walk dan jogging supaya bila fun run nanti tak adalah sakit kaki ke betis ke kan..sebab nieyl dah lama tinggal dah jogging ni. Nanti kalau sesiapa join fun run dekat 3 tempat ni, bolehlah roger-roger nieyl..