08 December, 2025

Kena Culik..

Kena Culik | Balik dari kenduri kahwin kan nieyl cakap nak berehat kan, tak adanya berehat. Nieyl kena culik dengan anak buah nieyl si Bella tu. Katanya nak pergi makan dalam pukul2 petang tu bergeraklah naik vellfire 5 orang. Bella dengan husband dia, kakak nieyl, nieyl dan abg ipar nieyl. Mak nieyl tak nak ikut. 

Tahu-tahu je sampai Bentong ya itupun dalam pukul4 petang. Ada orang mengidam nak makan lemang To'ki Bentong. Dia heret sekali makcik dia ni ha..

Ini harga - harga set lemang yang disediakan. Tak adalah mahal sangat pada nieyl ok la harga dia. Ini kali pertama nieyl sampai sini. Masa nieyl sampai tak ramai orang dah, so masih boleh pilih nak duduk dekat mana, 10 min lepas tu ramai orang baru sampai hehehe..pembawa rezeki kita ni hehehe..
Ini antara makanan yang kitaorang try. Datang sini memang semata-mata nak makan lemang dan rendang sahaja. Harga yang nieyl share tadi tu, sepinggang tu ada 4 keping lemang dan rendang daging atau ayam. Personally, nieyl rasa lemak dia memang sedap cukup lemak, masin dan tak keras. Rendang daging dan ayam pun sedap. Ada lagi yang special kalau korang pergi makan sini, korang ambil ayam bakar dan kuah air asam dia. Sangat sedap dan nieyl sampai beli sebotol air asam dia bawa balik hehehe..

Datang jauh-jauh takkan tak borongkan. Nieyl beli juga untuk bawa balik makan dekat rumah dengan mak. Masa on the way nak balik tu kononnya nak singgah bukit tinggi bila dah sampai dekat guard dah tak boleh masuk maybe takut turun gelap nanti kan. So, gerak la balik ke rumah tapi sebelum tu..ada singgah 1 tempat lagiiii...ok nanti sambung...
 

1 comment:

  1. tu dia..sampai bentong....mengidam punya pasal kan...sedap lak tu, berbaloi sungguh

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)