19 September, 2024

Sesekali Belanja Anak-Anak Fruit

Sesekali Belanja Anak-Anak Fruit | Kalau nak dikirakan anak buah nieyl ni ramai sesangat , dah masuk puluh-puluh dah dan yang paling tua sekali umur dah 32 Tahun. Tapi 2 orang anak buah nieyl yang dalam gambar ni yang very close dengan nieyl since kecil lagi bila dah besar ni pun close lagi. Hari tu nieyl nak pergi watsons weekend kebetulan si kakak ni cuti , so kita ajaklah dia teman pergi cari barang lepas tu si adik pun nak ikut juga. Jadi pergi lah kita bertiga ni konon nak pergi cari barang dekat watsons last-last pergi makan dekat kedai Kor.B makanan korea. 

Kalau ikutkan budak berdua ni memang hantu makanan korea. Kalau ikut ni tak cukup ni untuk dieorang ni, nieyl ambil 2 bekas je sebab time tu tak rasa nak makan makanan korea pun. So, nieyl layankan jela budak dua orang ni.. Disebabkan barang yang nieyl nak cari tu tak ada dekat watsons situ, nieyl bergerak terus ke Tamarind Square.

Hampa juga barang tu pun tak ada dekat watsons situ, jadinya nieyl order online je hahaha.. Sebelum balik tu singgah TheNoor Cafe sebab tekak nak makan cake sedap dan coffree.

Cake dekat TheNoor belum pernah mengecewakan nieyl, sangat sedap dan tak manis yang penting. Dah umur-umur menuju ke 40 series ni manis-manis kena kurangkan. hehehe.. 

On the way nak pergi ke Parking kereta tu, ternampak ada satu dewan wedding yang cantik sangat, anak buah nieyl yang sorang ni insyaÁllah kalau tak ada apa-apa halangan perancangan nak tunang hujung tahun, nikah tahun depan. Itu yang dia tengok-tengok juga dewan tu. 


**nieyl tak boleh nak update lagi gambar family day sebab gambar2 masih dalam proses pengumpulan 







 

1 comment:

  1. best je lepak ngan anak2 buah yg dah besar kan, mcm kengkawan je...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)